Duit Raya | Motivasi Di Pagi Raya

4 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Syukur Alhamdulillah, Aidilfitri 1443 Hijrah dapat kita raikan dalam keadaan yang meriah berbanding 2 tahun sebelumnya. Perlonggaran SOP Covid-19 yang diumumkan pihak kerajaan memberikan makna kepada kita yang meraikannya. Rasanya, belum terlambat untuk saya mengucapkan:~

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN

Nak dijadikan cerita, dalam kita merayakan aidilfitri, kanak-kanak adalah yang paling riang bergembira. Salah satu sebabnya adalah "duit raya". Dalam tradisi Aidilfitri masyarakat kita, duit raya agak sinonim dengan perayaan tersebut. 

Pada penghujung ramadan sering saya mendengar dari kaca tv dan corong radio, selalu diulang-ulangkan nasihat bagi ibubapa janganlah mengajarkan kepada anak untuk meminta-minta. Hal ini kerana banyak keburukan dari perbuatan tersebut, malah dalam agama sangat ditegah perbuatan meminta-minta. Dalam konteks duit raya ini dapat saya simpulkan dalam rangkap pantun yang bebunyi:~

Orang memberi, kita merasa
Orang tak beri , jangan meminta-minta

Baiklah sebagai seorang dewasa yang mempunyai beberapa anak saudara, saya juga tidak terlepas untuk bersama meraikan Aidilfitri dengan menghulurkan "duit raya" kepada anak saudara saya. Dan bagi saya ini adalah peluang terbaik untuk saya mengajarkan sesuatu yang berharga untuk mereka ingat sebagai inspirasi dan panduan untuk menjadi manusia. 

5 anak saudara Dasir Rounin

Saya mempunyai 5 orang anak saudara. Oleh kerana itu saya perlu menyediakan 5 sampul duit raya untuk diagihkan kepada mereka. Seorang anak saudara saya baru dilahirkan pada Ramadan yang lalu. Jadi permainan saya hnya melibatkan 4 orang yang berumur dalam lingkungan 6 - 11 tahun. Dalam saya menyediakan sampul duit raya yang berbentuk serupa, pengagihan duit di dalamnya adalah seperti berikut:~

  1. Sampul Pertama - RM4
  2. Sampul Kedua dan Ketiga - RM2
  3. Sampul Keempat - 0
Permainan dimulai pada pagi raya, saya memanggil keemapat2 mereka dan menyuruh memilih sampul yang mereka inginkan. Selesai memilih, saya pun menyuruh mereka membuka sampul duit raya masing-masing. Dan sudah tentu, Ada seorang yang bernasib baik, 2 orang yang mendapat RM2 masing-masing dan seorang yang tak mendapatkan apa-apa.

Selepas itu, saya pun menjelaskan kepada mereka bahawa dalam hidup ini, tak semua yang kita harapkan kita akan dapat. Seperti mana yang dialami oleh salah seorang anak saudara saya yang tidak mendapat "duit raya" dalam sampul yang sama dengan yang lain.

Selanjutnya saya pun menyuruh anak saudara yang mendapat lebih untuk berkongsi separuh dari yang didapatkannya kepada yang tidak mendapat apa-apa. Dari situ kita dapat merasakan nikmat berkongsi. Alhamdulillah, anak-anak buah saya mendengar dan menuruti apa yang saya arahkan. Jadi semua mendapatkan nilai yang sama. Itulah pengalaman saya bersama anak-anak buah saya dan sedikit pelajaran berguna sebagai panduan mereka menjalani kehidupan di dunia ini. Anda bagaimana?


Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

4 ulasan

  1. Duit raya dah jadi kemestian bagi anak2

    BalasPadam
  2. selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

    BalasPadam
  3. sy memang menyediakan sedikit peruntukan kpd cucu2 saudara aje. anak2 sedara dah besar n bekerja belaka. semua dpt nilai yg sama kecuali yg OKU tu sy bagi lebih sikit...

    BalasPadam

Catat Ulasan