Champion Again | Manchester City 2021/2022

5 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Jika anda pernah membaca entry saya berkaitan dunia bola sepak sebelum ini, anda sudah pasti tahu bahawa saya adalah salah seorang dari jutaan penyokong kelab bola sepak Inggeris iaitu Manchester City. 

Sebenarnya tiada rancangan untuk membuat entry kali ini. Hati terdetik ingin menulis hanya selepas melihat siaran langsung perarakan di Bandar Manchester. Seperti yang kita sedia maklum pada lewat malam 22 May 2022 waktu Malaysia adalah perlawanan akhir dalam Liga Perdana Inggeris, yang mana peluang masi terbuka kepada 2 pasukan terunggul untuk menjuarai liga.

Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris 2021/2022

Champion Again | Manchester City 2021/2022

Pada akhirnya, Manchester City telah muncul sebagai juara bertahan sekaligus menidakkan peluang dan harapan Liverpool menjulang Piala penuh berprestij itu. Apa yang pasti sebagai penyokong, perlawanan yang penuh dramatik itu memberikan satu nuansa dalam dunia bola sepak moden.

Manchester City vs Aston Villa (+ Liverpool)

Dalam perlawanan itu, Manchester City turun menentang pasukan Aston Villa di Stadium Etihad. Dihadapan ribuan penyokong The Sky Blue, seharusnya dan selalunya tiada masalah untuk mereka mengakhiri perlawanan dengan kemenangan bergaya. Hal ini kerana melihat rekod dalam 3 pertemuan menentang Aston Villa di laman sendiri berkesudahan dengan kemenangan dan tidak dibolosi walaupun satu gol dengan margin goal yang besar. Malah dalam 12 perlawanan terakhir menentang Aston Villa semenjak 2014, tiada satu pun dimenangi oleh Aston Villa.

Champion Again | Manchester City | dasirrounin

Tekanan dalam perlawanan kali ini adalah disebabkan, Manchester City perlu menang untuk mengesahkan kejuaraan kerana diekori rapat oleh pasukan Liverpool. Seri atau kalah bukan pilihan bagi Manchester City kerana Liverpool diyakini akan mendapat 3 mata tambahan dalam perlawanan mereka menentang Wolves.

Selepas matchweek ke-37, Manchester City mengumpul sebanyak 90 mata, manakala Liverpool masih mengekori rapat dengan 89 mata. Perbezaan Gol antara kedua pasukan adalah sebanyak 6 gol sahaja.

Champion Again | Manchester City | dasirrounin 2

Untuk matchweek ke-38 sebagai perlawanan terakhir kesemua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan melayan kunjungan Aston Villa manakala Liverpool akan bertemu dengan Wolves di Stadium Anfield. Jelas kedua-dua pasukan tuan rumah perlu menang untuk memberikan harapan menjulang trofi.

Champion Again | Manchester City | dasirrounin 3

Jack Grealish & Diogo Jota

Terdapat fakta menarik antara 2 pasukan tetamu pula. Ada ura-ura mengatakan dalam perpindahan antara 2 pemain iaitu Jack Grealish (Aston Villa -> Manchester City) dan Diogo Jota (Wolves -> Liverpool) terdapat release clause yang mengatakan sekiranya dua pemain tersebut dapat membantu pasukan baru mereka memenangi Liga Perdana Inggeris, maka kelab mereka sebelumnya (Aston Villa & Wolves) akan mendapat bonus sebagai salah satu syarat dalam perjanjian. Tapi saya kurang pasti kebenaran berkenaan perkara tersebut. Yang pasti sekiranya benar, kedua-dua pasukan tetamu tersebut yang tidak menghadapi tekanan penyingkiran bolehlah di ibaratkan "menang" dalam apa sekalipun keputusan pada malam tersebut.

Steven Gerard & Philippe Coutinho 

Kalau ada yang tak kenal 2 nama di atas ini, mereka antara 2 lagenda pasukan Liverpool yang kurang beruntung kerana tidak pernah merasa menjuarai Liga Perdana Inggeris semasa berada dalam pasukan Liverpool. Kini Gerard adalah Pengurus kepada kelab Aston Villa, manakala Coutinho salah seorang pemain bagi pasukan tersebut selepas dipinjamkan dari Barcelona pada awal Januari lalu dan diikat sebagai pemain tetap pada 12 May lepas. Bagi penyokong Liverpool, Gerard dan Coutinho mampu menyekat Manchester City untuk memberi laluan kepada Liverpool menjadi juara liga. Pengharapan mereka adalah kerana, ini adalah peluang kedua tokoh tersebut menebus sesuatu yang mereka tidak pernah memenangkan selama menjadi pemain Liverpool. Sekurang-kurangnya itulah yang yang difikirkan oleh penyokong mereka.

Agueroooo's Moment

Dalam post saya Goal Aguero (93.20) | Kebangkitan Manchester City, kita tahu selepas 10 tahun, bertapa epiknya Aguerooo's Moment tersebut. Sehingga dalam wawancaranya beberapa ketika sebelum perlawanan, Pep Guardiola (Pengurus Manchester City) menegaskan bahawa mereka cuba untuk memenangkan perlawanan tersebut seawalnya dan tidak memerlukan Agueroooo's Moment seperti 10 tahun silam. Bagi penyokong, saya bersetuju dengan beliau. 

Perlawanan pun bermula.

Semua pasukan turun dengan kesebelasan utama mereka, perlawanan pun dimulai. Manchester City turun dengan posisi 4-3-3 seperti pada kebiasaannya. Namun kejanggalan saya rasakan pada barisan pertahanan yang meletakkan kapten pasukan, Fernandinho di tengah, sementara John Stone berada di pertahanan sebelah kiri. 
Champion Again | Manchester City | dasirrounin 4

Saya menonton Manchester City vs Aston Villa. Seawal minit ke 4, skrin terbahagi dua menunjukkan ada goal di Stadium Anfield. Goal dari pasukan Wolves. Tiada siapa menduganya kerana semua terlalu yakin terhadap prestasi pasukan Liverpool yang memuncak pada ketika ini. Begitu juga saya, namun saya tetap yakin bahawa Liverpool akan berusaha untuk menang pada malam tersebut. Pada minit ke-24, pasukan Liverpool berjaya menyamakan melalui Sadio Mane. 

The Cityzen juga terus menyerang dan terdapat situasi yang hampir menghasilkan goal pada ketika Kevin DeBruyne yang mendapat bola lalu melakukan counter attack, namun sedikit tergelincir sebelum dapat berbuat apa-apa. Phil Foden yang mendapat lorongan bola dari Gabriel Jesus tidak mampu memecah kebuntuhan. Aston Villa bertahan dengan baik.

Cash is King

"Cash is King", pinjam kejap ayat bekas PM kita ni. Tapi dalam hal ini, Cash merujuk kepada Matty Cash. Seorang pemain pertahanan pasukan Aston Villa yang berjaya menanduk bola masuk ke gawang Manchester City menewaskan Ederson pada minit ke 37. Debaran terasa. Tapi bagiku sebagai penyokong masih mampu tenang. Masa masih panjang. Peluang masi terbuka. Tak sedar wisel separuh masa ditiupkan. Scroll Twitter dan...

Champion Again | Manchester City | dasirrounin 5

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua dimulakan. Ada perubahan dalam pasukan Manchester City, Fernandinho yang bertindak sebagai pertahanan tengah direhatkan dan digantikan dengan Zinchenko yang kemudiannya pergi ke posisi pertahanan sebelah kiri, lantas memberikan laluan kepada John Stone untuk ke posisi asalnya di pertahanan tengah berganding bahu dengan Aymeric Laporte. Nampak perubahan dalam corak permainan kedua-dua pasukan terutamanya bagi The Cityzen. 

Kualiti Individual 

Pemainan berlangsung seperti biasa dengan Manchester City mempergiatkan serangan. Namun gawang  yang di kawal Ruben Olsen ternyata sukar dibolosi. Pep membuat pertukaran pemain untuk kali yang kedua. Memasukkan Ilkay Gundogan bagi mengantikan Bernardo Silva yang agak kurang menjadi dalam perlawanan tersebut. Tidak lama kemudian, Coutinho dengan kualiti individual yang tersendiri menjaringkan gol kedua buat The Claret. 

Bola hantaran jauh dari penjaga gawang, Olsen dan di tanduk oleh Watkin ke hadapan untuk disambut Coutinho dengan baik bagi mengelirukan Laporte lalu menendang masuk ke gawang Ederson yang tercengang seketika.Sudah tentu itulah antara momen yang dinantikan oleh Liverpool dan berjaya dihadirkan oleh bekas pemain The Reds itu sendiri.

Walaubagaimanapun, kedudukan di Anfield masi terikat dan secara dasarnya, Manchester City masih berada ditakhta liga walaupun telah dibolosi 2 goal di laman sendiri. Beberapa minit kemudian, Coutinho dibawa keluar bagi digantikan dengan seorang yang mempunyai kebolehan bertahan berbanding Coutinho yang lebih kepada permainan menyerang. 

Comeback is Real

Selepas dibolosi 2 jaringan dan berbaki kurang dari 20 minit. Mungkin bukan hanya saya sendiri, malah semua penyokong pasukan Manchester City sangat berharap akan ada comeback dari pasukan The Cityzens seperti yang berlaku 10 tahun dahulu dan berharap Agueroooo's Moment akan berulang lagi. Doa penyokong didengarkan. Pada minit ke 76, Gundogan berjaya menanduk masuk hantaran lintang yang baik dari Rahim Sterling. Bola cepat di bawa ke tengah padang untuk memulakan kembali permainan.

Dua minit kemudian Zinchenko cuba melakukan gelecek di sebelah kiri melepas beberapa pemain sebelum membuat hantaran yang baik ke tengah untuk Rodri. Tanpa berfikir panjang, Rodri merembat leret bola tersebut sekali lagi menewaskan Olsen. Sekali lagi Bola cepat dibawah ke tengah padang kerena masa terlalu suntuk untuk membuat celebration.

Pertahanan Terbaik Adalah Menyerang

Dalam situasi selepas Coutinho dikeluarkan, Aston Villa seolah-olah cuba bertahan. Disini kesilapan Aston Villa. Pengurus lagenda Manchester, Sir Alex Ferguson pernah berkata "Attack wins you games, defence wins you titles ". Bukankah pertahanan yang baik adalah menyerang. Tidak cukup menyamakan kedudukan, Pasukan Sky Blue terus menyerang. 3 minit kemudian, satu lagi goal berjaya dijaringkan oleh Gundogan. 

Champion Again | Manchester City | dasirrounin 6

Gol ini adalah hasil kreativiti Pemain Terbaik Liga Musim 2021/2022 iaitu Kevin DeBruyne yang mampu melihat kedudukan Gundogan yang berada jauh di backpost dan membuat hantaran yang tipikal sebuah magik darinya. Bola mudah di tapping masuk oleh Gundogan. Seperti kata DeBruyne dalam wawancaranya selepas perlawanan;-

"We did it in a City's Way"

Gol tersebut menjulang Manchester City untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris 2021/2022. Liverpool juga menang di Anfield selepas menjaringkan 2 gol lewat. Namun tiada apa yang dapat mereka lakukan untuk menghalang trofi di bawah ke Etihad sekali lagi.

Same Vibes Selepas 10 Tahun

Stadium Etihad bergema. Satu sensasi yang hampir menyamai suasana perlawanan akhir musim 2011/2012. Satu ending yang epik sekali lagi dari Manchester City. Selepas 10 Tahun. Tetap sama, selalu memberi kejutan. Sebab tu salah satu kriteria untuk menjadi seorang penyokong The Sky Blue adalah jangan mudah mengalah. Ingat sampai mati.

Champion Again | Manchester City | dasirrounin 6

Fakta Penting untuk Manchester City:-
  1. KDB muncul sebagai pemain terbaik liga 2 musim berturut-turut
  2. Foden muncul sebagai pemain muda terbaik liga 2 musim berturut-turut
  3. Ederson mendapat sarung tangan emas untuk 3 musim berturut-turut
  4. Musim terakhir Fernandinho di dalam pasukan.
  5. Kejuaraan ke-4 dalam tempoh 5 musim bagi Manchester City
Apa-apa pun sebagai peminat dunia bola sepak, saingan dari Liverpool kali ini saya lihat, sebuah dorongan untuk setiap pemain ManCity meningkatkan prestasi dan sebagai penyokong satu yang menarik untuk disaksikan. 

Musim 2022/2023 diharapkan akan ada lagi sesuatu yang baru untuk disajikan oleh pasukan yang bertanding. Yang pasti dengan adanya "pure striker" yang baru iaitu Erling Haaland dan Julian Alvarez nanti sudah tentu memberi saingan yang lebih menarik.

p.s : Terdapat juga fakta unik. Kalau 10 tahun dahulu pada akhir musim, Aguero and the gang menjadi juara meleburkan harapan seteru utama Manchester United. Pada kali ini KDB and the gang pulak meleburkan harapan Liverpool dengan cukup dramatik.

Champion Again | Manchester City | dasirrounin 7

Sumber gambar :~ Twitter & Google

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

5 ulasan

  1. saya ingat lagi Aguero's moment tu sebab saya sokong Liverpool, so asalkan bukan Man United yang jadi juara, kami akan gembira. Tahun ini penyokong Man U yang bersorak lebih bila City score gol ke tiga. Anyway tahniah. City layak menang. Kesilapan Liverpool adalah banyak seri. Contohnya dengan Brighton. Jumpa season depan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. sangat beruntung rasanya bila berpeluang menjadi saksi dua momen ni..

      Season depan lebih menjanjikan keasyikan..

      Padam
  2. ni boleh borak dgn husband mama ni peminat mu

    BalasPadam
  3. Tahniah kpd MC. Dulu2 pasukan ini x kuat. Kita lebih kenal MU.

    BalasPadam

Catat Ulasan