Mama Minta Garam | Inspirasi Berjiran

3 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Hidup dalam lingkungan masyarakat, ada keperluan bagi kita untuk mencurah kebaikan satu sama lain. Ikuti kisah selanjutnya yang bertajuk Mama Minta Garam | Inspirasi Berjiran.

Suatu hari aku terdengar Mama meminta garam ke jiran sebelah.

Aku keheranan, lantas bertanya kepada Mama akan tindakannya itu, kerana aku tahu bahawa di dapur ada banyak garam.

Mama Minta Garam | Inspirasi Berjiran

Mama menjawab, jiran sebelah kurang berkemampuan dan selalu meminta sesuatu pertolongan kepada kita. Jadi Mama pula sama meminta bantuan yang tidak membebankan mereka. Dengan yang demikian mereka akan merasa kita juga perlukan pertolongan daripada mereka. Jadi mereka tidak berasa segan untuk meminta pertolongan kepada kita.

Kawan-kawan, begitulah hidup ini. Dalam kita menjalani kehidupan bermasyarakat, ada adab yang perlu kita tuntuni sebagai cara untuk mengekalkan keharmonian.

Sudahkah kita meminta garam dari jiran kita?

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

3 ulasan

  1. segan, tak pernah minta...adalah pernah sekali jiran minta bawang, sekrg dia dah pindah..

    BalasPadam
  2. x pernah minta garam dgn jiran. cuma minta dia x buat bising masa abam kie nak tdo je.

    BalasPadam

Catat Ulasan