Pengajaran Dari Cerita Pendek Reclaim Your Time (Youtube)

5 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Reclaim Your Time atau Kembalikan Masa Anda memberikan satu terjemahan yang tak mungkin akan berlaku jika difikirkan secara logik. Masa yang berlalu tak akan kembali. 

Sebelum kita meneruskan ulasan berkaitan tajuk kita Reclaim Your Time, adalah lebih baik untuk kita menonton video pendek ini :-


Video yang berdurasi 2 minit 16 saat ini sangat mengambarkan kehidupan yang dialami oleh kebanyakan dari anak muda masa kini. Implikasi dari pelbagai sudut telah menjadikan sebahagian besar dari kita terperangkap dalam "RAT RACE" yang diciptakan untuk membunuh semangat hidup secara perlahan dan sangat tragik.

Bagaimana tidak, seperti yang dinaratifkan dalam video tersebut. Diceritakannya bahawa beliau tidak tahu apa yang dia kerjakan dalam hidupnya dan yakin bahawa apa yang dikerjakannya bukanlah sesuatu yang diinginkannya, Sebaliknya  dikerjakan semata-mata kerana wang dan juga mendapatkan pengiktirafan dari orang lain sebagai orang yang diinginkan oleh masyarakat.

Kesibukan menjalani kehidupan tidak memberikan sebarang nilai tambah kerana mengerjakanya tanpa tujuan, mimpi mahupun pengalaman yang membentuk kemahiran. Hasil akhir yang terwujud hanyalah seorang pecundang. 

Satu yang menarik diakhir video ini adalah pertanyaan narrator yang berbunyi:-

Are you living for something?
Are you living for somebody?
Or, are you just living because you are living?

Teringat saya kata-kata Buya Hamka,  

"Kalau hidup sekadar hidup, babi dihutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja" 

Pengajaran Dari Cerita Pendek ini:-

  1. Terokai diri, cari tujuan hidup.
  2. Beranikan diri bermimpi.
  3. Keluar dari kepompong yang menjerut anda.
  4. Atur masa anda dengan baik.
Mungkin masa yang sudah berlalu tak akan kembali, apa yang dapat anda lakukan dapatkan semula masa untuk anda bergerak kehadapan dengan tindakan mengikut acuan yang anda inginkan seterusnya dapat memberikan nilai kepada anda dan orang lain. 

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

5 ulasan

  1. Memang... mengurus masa tu sangat penting!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Uncle, part masa ni kena selalu ambil perhatian..

      Padam
  2. Yes...explore and get out of your comfort zone. Itu kunci untuk berjaya.
    Kalau duduk menunggu saja memang sampai bila-bila pun akan disitu saja

    BalasPadam

Catat Ulasan