Mustahil Hanyalah Perkataan | Bermimpilah.

5 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Sedarkah kita bahawa "Mustahil hanyalah sebuah perkataan". Kita cuba rungkaikan dalam artikel ini. Sebagai manusia biasa pada satu tahap tertentu dalam hidup ini kita akan merasa untuk bermimpi menjadi sesorang atau sesuatu yang istimewa. 

Siapa dari kita yang tak pernah mempunyai impian? Kata Andrea Hirata,:-

Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati.

Impian adalah sesuatu yang memberikan kita semangat untuk terus kekal di dunia yang sangat mencabar ini. Hidup boleh menjadi jauh lebih baik seandainya kita belajar untuk mencapai impian yang kita harapkan.

Dalam kita menetapkan apa impian atau matlamat kita, masalah yang selalu timbul adalah perkataan "mustahil". Sebelum melakukan sesuatu, sebilangan besar akan buntu memikirkan bahawa hal itu adalah sangat sukar dan mustahil untuk dilakukan. Timbul keraguan. Timbul kesangsian.

Mustahil Hanyalah Perkataan | Bermimpilah. Dasir Rounin

Sedarkah kita, andai saja semua orang berfikiran sebegitu, tidak akan ada penemuan-penemuan yang membawa kepada peradaban manusia, tidak akan ada inovasi yang memudahkan kehidupan. Bayangkan Adik Beradik Wright berasa ragu ketika dalam proses menciptakan kapal terbang. Akankah ada kapal terbang seperti sekarang ini? Mungkin ada, tapi bukanlah mereka penemunya.

Dalam bermimpi, Kita juga seharusnya lebih realistik. Kerana mimpi yang keterlaluan dan tiada tindakan, akan berakibat buruk. Inspirasi akan hilang. Pada akhirnya, apa yang terjadi adalah kehancuran. Sekaligus akan membenarkan perkataan "mustahil"

Baiklah, kita cuba tuliskan beberapa perkara ini dalam hidup kita. Ambil 3 keping kertas putih. Tuliskan setiap kertas tersebut dengan perkara yang berikut:-

  1. Perkara yang anda mahu dan yakin anda boleh lakukan
  2. Perkara yang anda mahu dan mungkin anda dapat lakukan
  3. Perkara yang anda mahu dan agak mustahil anda dapat lakukan.
Senaraikan apa saja perkara yang terlintas difikiran anda berdasarkan tajuk setiap kertas tersebut. Seiring dengan waktu, anda cuba capai perkara-perkara yang anda senaraikan dalam kertas yang pertama. Setelah itu, anda cuba capai perkara yang tersenarai dalam kertas kedua.

Tanpa anda sedari, anda akan perlahan-lahan akan merasa perkara yang anda mahu dan agak mustahil anda dapat lakukan itu sebenarnya adalah tidak mustahil untuk anda capai. Ini kepentingan langkah demi langkah dalam apa juga yang kita lakukan. Dengan melalui setiap langkah tersebut, anda akan lebih terbuka untuk melakukan apa sahaja.

100 tahun dahulu, kalau anda beritahu orang lain bahawa anda boleh melihat saudara anda yang berada jauh. Ada dua reaksi orang-orang terhadap anda. Samaada mereka mentertawakan anda atau akan takjub kepada anda. Mentertawakan anda kerana menganggap anda gila atau takjub akan anda kerana mempunyai ilmu magika tingkat tinggi. Tapi moden ini, panggilan video dapat kita lakukan kapanpun asalkan ada peranti dan sambungan internet.

Thomas Edison pernah mengatakan bahawa genius adalah inspirasi 1% dan peluh 99%.  Agar seseorang dapat mencapai impiannya, harus ada kerja dan disiplin. Tetapi perhatikan bahawa 1% itu harus menjadi impian besar, dan bukan yang mudah dicapai.

Sebab tu dimana-mana pusat gim biasanya akan poster dengan tulisan perkataan :-

No Pain, No Gain

Kerana usaha yang keras yang dimulai dengan bermimpi akan membuatkan anda merasakan bahawa mustahil hanyalah sebuah perkataan yang menjadi mungkin boleh dilakukan .

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

5 ulasan

  1. ya, tukarkan impian jadi kenyataan....impossible is nothing..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. betul tu, Uncle.. tapi masih ada yang takut nak bermimpi.hurmmm

      Padam
  3. impian bisa jadi kenyataan jika ada usaha dan strategi yang betul

    BalasPadam

Catat Ulasan