Itu Kuih Aku | Muhasabah Diri

6 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Kisah ini adalah kisah nyata yang terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini mengajarkan kita untuk muhasabah diri. Itu Kuih Aku . Teruskan membaca.

Nita sedang menunggu di lapangan terbang pada malam itu. Jadual penerbangannya masih berbaki beberapa jam lagi. Untuk itu, beliau pergi membeli buku dan sebungkus kuih. Lantas mencari tempat duduk. Setelah duduk, beliau terus membuka buku yang baru sebentar tadi dibelinya dan terus membaca halaman demi halaman.

Blog Dasir Rounin - airport

Dalam keasyikannya membaca, beliau melihat lelaki disebelahnya dengan begitu berani mengambil satu atau dua dari kuih yang berada diantara mereka. Nita mencuba mengabaikan agar tidak terjadi kekacauan. Beliau terus membaca, mengunyah kuih dan melihat jam. Timbul rasa kurang selesa.

Nita berkata dalam hati. "Eh. apasal dia makan kuih aku ni. Nak kena penampar dia ni"

Setiap kali Nita mengambil sebiji kuih, lelaki tersebut juga mengambil sebiji. Sehinggalah kepada sebiji kuih yang terakhir. Nita sengaja membiarkannya. Beliau tertanya-tanya apa yang akan lelaki tersebut lakukan. Lalu, dengan senyum terukir di bibir lelaki tersebut, beliau mengambil kuih terakhir tersebut dan membahagikannya kepada dua. Setengah bahagian, beliau tawarkan kepada Nita dan setengah lagi beliau makan.

Dengan muka yang marah, Nita mengambil kuih yang ditawarkan kepadanya oleh lelaki tersebut dengan kasarnya dan berkata lagi dalam hati. "Amboi, tak tahu berterima kasih sungguh lelaki ini."

Masa terus berlalu. Lelaki tersebut masih duduk di sebelah Nita. Nita berasa sungguh tidak selesa. Tidak lama kemudian penerbangannya di umumkan. Beliau lega dan segera memasukkan buku ke dalam beg tangannya. Beliau pun berlalu pergi ke arah pintu pelepasan tanpa melihat muka lelaki disebelahnya tadi sebagai tanda kurang senangnya. 

Setelah duduk didalam pesawat. Nita lalu mencapai beg tangannya dan mencari buku yang belum selesai dia baca tadi. Alangkah terkejutnya beliau bila mendapati terdapat sebungkus kuih di dalam beg tangannya itu. Kuih yang dibelinya tadi belum pun terusik. Nita lantas terfikir, kalau kuih yang di belinya tadi masih ada dan belum terusik, jadi kuih yang di makannya tadi sudah tentu kepunyaan lelaki disampingnya. Pesawat pun berlepas, dan Nita berasa sungguh menyesal dan sedih kerana tersalah anggap dan tidak sempat meminta maaf kepada lelaki tersebut. Beliau menyedari bahawa beliau sendirilah yang tidak tahu berterima kasih dan merupakan pencuri kuih tersebut.

Blog Dasir Rounin - muhasabah diri

Dalam hidup ini kisah pencuri kuih seperti tadi sering terjadi. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri/subjektif serta tak jarang kita berprasangka buruk terhadapnya.

Orang lainlah yang selalu salah,
Orang lainlah yang patut disingkirkan,
Orang lainlah yang tak tahu diri,
Orang lainlah yang berdosa,
Orang lainlah yang selalu bikin masalah,
Orang lainlah yang harus diberi pelajaran.

Padahal.? Kita sendiri yang mencuri kuih tadi, padahal kita sendiri yang tidak tahu malu. Kita sering mempengaruhi, mengkritik, mencemuh pendapat, penilaian atau gagasan orang lain sementara sebetulnya kita tidak tahu permasalahannya. Jadi berhati-hatilah dalam setiap tindakan. 

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

6 ulasan

  1. Satu perkongsian yang menjentik hati.. TQ..

    BalasPadam
  2. Pernah dengar kisah ni. Tak pasti dalam ceramah atau dalam blog. Kisah yang kita boleh ambil pengajarannya. Terima kasih berkongsi cerita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..yang paling penting kita ambil iktibar darinya

      Padam

Catat Ulasan