Apa itu FOMO? | Waspada Sebelum Kronik

Catat Ulasan

FOMO. Paling tidak perkataan tu kita pernah dengar sekali sebelum ini. Apa sebenarnya itu FOMO? Kenapa kita perlu tahu dan waspada demi kesihatan mental kita dewasa ini. Kita akan rungkaikan dalam artikel ini.

Tentu anda masih ingat suatu ketika dahulu,ketika kita dibangku sekolah. Tatkala waktu rehat, para pelajar berkumpul dan bercerita mengenai perlawanan bola sepak Inggeris yang ditonton dipagi hari. Seorang dari kita dengan semangatnya menceritakan pengalaman beliau menonton dengan bangganya, seorang lagi kemudiannya membalas bicara tersebut dengan pendapatnya hasil dari pengalamannya juga. Kemudian beberapa orang lagi turut merespon pembicaraan tersebut dengan interpretasi mereka sendiri. Keasyikan daripada perbualan tersebut akan menghadirkan lebih banyak telinga dan mata untuk mendengar dan melihat apa yang sedang dibicarakan. Inilah yang disebut sebagai FOMO.

Apa itu FOMO? | Waspada Sebelum Kronik

FOMO yang pertama kali dimasukkan ke dalam Kamus Oxford Rev. 2013 setelah dipopularkan oleh seseorang yang bernama Patrick J. Mc.Ginnis adalah akronim bagi "fear of missing out" atau dalam bahasa melayu ditransilasikan sebagai "takut tertinggal". FOMO didefinisikan sebagai sebuah kecelaruan perasaan yang berasa tertinggal sesuatu yang menarik telah dilakukan oleh orang lain sehingga kadangkala mengambil tindakan yang membebankan diri sendiri. 

Mengambil dari situasi yang berlaku seperti yang saya ceritakan di atas, keasyikan perbicaraan antara pelajar tersebut telah memacu yang lain dek kerana takut tertinggal sesuatu yang dianggap menarik walau hakikat sebenar, tidak semua orang meminati sukan tersebut. Namun hype yang ditunjukkan oleh para pelajar yang mula-mula bercerita itu telah menyebabkan berlaku kecelaruan perasaan bagi yang lain yang berakibat kepada tindakan untuk berusaha mengetahui apa yang terjadi.

FOMO dan Masa Kini

Dalam dunia masa kini, dengan perkembangan pesat dalam teknologi  dan pengaruh media sosial, FOMO semakin dekat dengan kita. Malah merujuk laman web time.com, dianggarkan 3/4 dari golongan dewasa mengalaminya. 

Sebut saja tentang perkara yang viral hari ni dimedia sosial, hampir semua orang dapat mengulas mengenainya. Itu bagus, sekurang-kurangnya semua cakna dengan perkembangan semasa. Namun, sebenarnya yang terjadi adalah anda tanpa sedar telah masuk ke dalam lingkaran FOMO. Lingkaran yang kalau tidak diatur dengan baik akan berakibat buruk. Dan sememangnya buruknya lebih banyak daripada yang sebaliknya.

Apa itu FOMO? | Waspada Sebelum Kronik

Persoalkan Harga Diri

Kegusaran ini selalunya akan berdampak buruk terutamanya kepada kesihatan mental kita. Menghasilkan perasaan negatif seperti iri hati. Mana tidaknya, hari-hari kita akan disajikan dengan pelbagai "cerita" baharu di media sosial. 

  • Buka facebook, jiran sebelah kanan kita mendapat hadiah set barang kemas dari pasangannya untuk meraikan ulang tahun perkhawinan mereka. 
  • Anak jiran sebelah kiri mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, ditunjukkan dengan bangganya slip keputusan yang penuh dengan deretan huruf "A" oleh si Bapaknya dalam Group Whatsapp Komuniti Taman Perumahan. 
  • Sepupu belah Mak pula, memuat naik gambar percutiannya  di atas kapal persiaran yang mewah ke dalam Instagram.
  • Rakan pejabat yang tergedik-gedik menari tanpa rasa malu dalam aplikasi Tik Tok mendapat banyak like dan follower baru. 

Rasa iri timbul. Ingin menjadi seperti mereka. Mulalah mempersoalkan harga diri. Rendah diri. Rasa tak mampu menjadi seperti mereka.

Sibuk Menyibuk

Dalam lingkaran FOMO, seseorang itu akan terus dipacu dengan rasa ingin mendahului yang lain. Seolah-olah dialah yang paling pantas dialam jagat cakrawala. Maka mulalah sibuk untuk menyibukkan diri dengan benda yang belum pasti. Membuat spekulasi atas persepsi sendiri. Official Statement belum pun pasti keluar, sudah memberi cadangan, pandangan malah kritikan yang betul-betul melelahkan seandainya berada diluar dari lingkaran FOMO. Itulah yang terjadi. Masa-masa berharga habis dengan aktiviti "scrolling" media sosial yang terus-terusan sibuk-menyibuk.

Maklumat Cacamerba

Menanggapi Program Vaksinasi Terbesar dinegara kita pada ketika ini, kita dihadapkan dengan golongan yang disebut antivaks. Golongan ini menolak untuk divaksinasi dengan pelbagai alasan yang berdasarkan maklumat yang kurang tepat. Tersebut dalam lingkaran FOMO, pelbagai maklumat yang kurang sahih beredar tanpa kawalan. Sumber yang bercampur aduk diadun menjadi maklumat yang cacamerba dijadikan sajian minda sehinggakan golongan seperti ini berdebat untuk tidak menerima vaksin atas sebab yang tidak masuk akal. Andainya kita menolak sesuatu perkara itu, alangkah baiknya ada hujah yang konkrit untuk diperdebatkan.

Ikutan Yang Mengiankan

Kewujudan perkara-perkara baru yang menjadi trend terus menjadi ikutan yang mengiankan masyarakat kita kerana dikuasakan oleh FOMO. Ditambah dengan keinginan yang perlu dipenuhi dan keberanian mencuba, maka kadangkala, sifat malu yang sanggup keluar dari kemampuan sebenar bukan lagi perkiraan. Ambil contoh suatu masa dahulu ketika trending game Pokemon Go) yang memerlukan kita keluar untuk mencari objek maya sebagai cara untuk menyelesaikan permainan tersebut. Maka berbondong-bondong orang keluar didorong oleh FOMO. Kemudian, lihat sajalah pula berapa ramai yang telah terkorban hanya kerana ingin membuat konten sebagai wadah untuk memuaskan diri dimedia sosial. 

Secara singkatnya, FOMO telah menjadi endemik yang melanda umat manusia yang menjadi kronik sejak kewujudan teknologi yang memungkinkannya. Jadi, kita perlu waspada kerana hal ini akan melibatkan kesihatan mental kita dalam menghadapi kehidupan. Kita perlu mengambil alih kemudi kehidupan kita sendiri demi masa hadapan. Artikel akan datang dalam Siri yang sama akan membahas mengenai FOMO dengan lebih lanjut.
Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Ulasan