Yakin Sebagai Pendamping Hidupnya, Seorang Lelaki Menikahi ******.

Catat Ulasan

Di sebuah negara barat, terdapat seorang lelaki yang menikahi patung peraga setelah meyakini dirinya bahawa patung itu adalah cinta hatinya.

Yakin Sebagai Pendamping Hidupnya, Seorang Lelaki Menikahi ******.

Sejak kecil, Gavin seorang lelaki dewasa yang sudah berusia 45 tahun sememangnya menaruh minat kepada permainan patung. Tetapi Patung yang dimaksudkan bukanlah seperti yang pada kebiasaannya menjadi permainan anak-anak lelaki iaitu action figure sebaliknya patung yang menjadi kesukaan beliau adalah patung dalam bentuk wanita atau lebih dikenali sebagai Patung Barbie.

Yakin Sebagai Pendamping Hidupnya, Seorang Lelaki Menikahi ******.

Maka dari itu, lebih kurang 40 tahun kemudian, Gavin menikahi "sebuah" patung yang ditemuinya dalam sebuah kedai pakaian berhampiran dengan kawasan rumahnya setelah terpesona dengan bentuk yang menarik dengan ukiran senyuman yang statik. Beliau menamai "isterinya" sebagai Barbara.

Mengakui sangat terkejut, Mary,35 tahun yang merupakan Pengurus kepada Kedai Pakaian tempat Barbara memperagakan pakaian menceritakan bahawa, Gavin selalu berada berjam-jam diluar kedai sambil memandang ke arah Barbara sehinggalah pada suatu hari mendapat keberanian untuk bercakap dengan Mary dan menyatakan hasratrnya untu memiliki Barbara.

Keluarga Gavin turut sama terkejut dengan tindakannya itu, tapi lama kelamaan berusaha memahami kehendak Gavin demi "kebahagiannya".

Yakin Sebagai Pendamping Hidupnya, Seorang Lelaki Menikahi ******.

Gavin memperlakukan Barbara seperti layaknya seorang isteri diperlakukan suami. Walaupun jelas, semuanya adalah tindakan sebelah pihak sahaja. Ketika makan, Barbara duduk kaku menemaninya. Ketika tidur, Barbara baring disisinya dengan mata terbuka luas. Tak lekang dari senyum, Barbara adalah teman terbaik baginya, ujar Gavin. Gavin bahagia. Bagi Barbara pulak, sekurang-kurangnya ia taklah lagi sepanjang masa berdiri di tempat yang sama.😂Begitulah kisahnya

Mengambil dari pada ayat suci AlQuran dalam Surah As Syuraa Ayat-11 yang antara lain ertinya; 

Dia menjadikan kamu kamu berpasang-pasangan dari jenis kamu sendiri.

Sebagai seorang manusia yang celik dan beragama, janganlah kita mengikut jejak Gavin. Berfikirlah dengan akal yang dikurniakan. Sebab tu Kitab Suci Al-Quran adalah panduan sepanjang zaman.  Apa yang dilakukan oleh Gavin adalah kesesetan yang nyata. Semoga kita dijauhkan dari perkara seumpama itu.

 



Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Ulasan