Cara Melakukan Latihan Pernafasan Yang Betul

Catat Ulasan

Sebelumnya dalam blog ini, saya pernah menulis berkenaan dengan kelebihan membuat latihan pernafasan yang betul, pada kali ini saya akan cuba untuk menjelaskan cara-cara untuk melakukan latihan pernafasan yang betul.

Bagi memaksimumkan manfaat yang diperolehi dari praktik tersebut. Berikut adalah cara-cara melakukan latihan pernafasan yang betul:-

Cara Melakukan Latihan Pernafasan Yang Betul

  1. Berdiri dengan menjarakkan kaki & longlaikan tangan ke sisi.
  2. Pejamkan mata dan biarkan kepala sedikit tunduk ke hadapan.
  3. Tarik nafas melalui hidung dengan sedalam-dalamnya dan tahan nafas anda dengan kiraan 10 saat
  4. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. Terapkan perasaan lega pada setiap hembusan nafas.
  5. Ulangi langkah 1-4 sebanyak 5 kali sehingga anda merasa tenang dan relaks.
  6. Akhir sekali, buka mata anda perlahan-lahan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Ulasan