Berhentilah Untuk Merasa Terlalu Bimbang

Catat Ulasan

Kebimbangan melampau adalah satu pembaziran kepada ruang imaginasi. Maka artikel ini ditulis bagi mengajak anda dan saya sendiri untuk merenung dan berfikir sehingga berhenti untuk merasa terlalu bimbang.

Dalam perjalanan mendepani peradaban umat manusia, kita dituntut untuk menangguh kepuasan (delay gratifitcation) dalam mengatur, mereka dan mempersiapkan masa depan untuk tujuan yang lebih gemilang. 

Sebuah menara tinggi tidak akan terbina tanpa perancangan yang baik. Sebuah keluarga yang harmoni tidak akan terwujud tanpa aturan-aturan yang jelas menuntut. Seorang pelajar tidak akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan tanpa usaha.

Masa depan adalah satu ketidakpastian. Hal inilah yang mewujudkan kebimbangan dalam benak fikiran setiap dari kita. Dan secara amnya kebimbangan memberikan banyak keburukan berbanding kebaikan. terutamanya dalam perspektif kita melihat sesuatu isu itu. Kajian juga mendapati bahawa 85% daripada apa yang kita khawatiri sebenarnya tidak akan terjadi. Berbalik kepada ayat pertama saya. Kebimbangan melampau adalah satu pembaziran kepada ruang imaginasi.

Berhentilah Untuk Terlalu Bimbang - dasirrounin.com

Dalam sejarah, tidak ada siapa yang pernah meramal dengan tuntas mengenai masa depan. Apa saja boleh berlaku. Kerana yang pasti "Kita hanya merancang, Allah yang menentukan".

Bertepatan dengan firman Allah di dalam Al-quran surah Al-Imran Ayat 54:-

Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik perancang.

Cuba untuk mengawal sesuatu yang diluar kawalan anda sehingga mewujudkan perasaan bimbang yang melampaui akan memungkinkan anda berada dalam keadaan tidak realistik sehingga akan menjadi sebuah khayalan yang bersifat perosak dalam anda melihat kehidupan. 

Masa depan adalah sebuah kanvas kosong yang perlu dilakarkan dengan coretan-coretan indah dari mula dengan penuh teliti sehingga menghasilkan mahakarya yang indah. Selalu pemikiran kita cenderung untuk memikirkan 1001 senario sebagai kesiap-siagaan. Itu bagus, kerana akan memberikan kelebihan dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Sehingga anda sendiri dapat mewujudkan langkah-langkah yang perlu diambil berlandaskan spekulasi dan keadaan dalam tempoh tersebut.

Pada era-Pandemik ini berapa ramai dari kita yang bersedia menghadapinya, baik dari segi kewangan, kesihatan mahupun emosi? Kebimbangan melampau tidak akan pernah membantu selain dari membantutkan usaha untuk bergerak kehadapan. Oleh yang demikian. "Berhentilah untuk merasa terlalu bimbang".


Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Ulasan