Kisah Pemandu dan Orang Gila | Jelas Akan Perbezaan

Catat Komen

Ini adalah Kisah Pemandu yang bernama Osman dan Orang Gila. Diceritakan pada suatu hari, Osman ditugaskan untuk menghantar para pesakit jiwa ke Hospital Bahagia yang terletak lebih kurang 100KM.

Kisah Pemandu dan Orang Gila | Jelas Akan Perbezaan dasirrounin.com

Ketika dalam perjalanan, salah satu tayar van yang meletup dan  Osman terpaksa memparkir di sisi jalan untuk menukar dengan tayar "spare".Beliau pun mula mengeluarkan peralatan yang patut untuk digunakan bagi tujuan menukar tayar yang meletup tersebut. Malang bagi Osman selepas berjaya membuka tayar asal yang meletup tersebut, beliau tertandang keempat-empat nat ke dalam gaung di sisi jalan. Untuk mencarinya agak mustahil kerana gaung tersebut sangat dalam.

Kisah Pemandu dan Orang Gila | Jelas Akan Perbezaan dasirrounin.com

Berasa panik dengan situasi tersebut, Osman menepuk dahinya lalu berkata ;

"Alamak, bagaimana nak pasang tayar ni kalau nat tiada."

Mengamati keadaan Osman, salah seorang pesakit jiwa yang berada dalam van lalu berteriak.

"Bang, buka satu nat dari setiap tayar yang lagi tiga, jadi setiap tayar akan ada 3 nat. Bila da jumpa bengkel baru beli 4 nat lagi."

Mendengar itu, Osman pun melakukannya. Setelah siap, Osman pun meneruskan perjalanan.Di dalam van beliau pun berkata,

"Pintar juga ya kamu, terus kenapa boleh masuk rumah sakit jiwa?" 

"Bang, kami itu cuma Gila, bukan Bodoh seperti Abang."sambung orang gila tersebut.

Kisah Pemandu dan Orang Gila | Jelas Akan Perbezaan dasirrounin.com

Osman mengeleng-geleng kepala, menepuk dahi dan tersenyum. 


#Bang Osman speechless.

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Paling baharu Lebih lama

Artikel Terkait

Catat Komen