Apa itu Biolink? | Tampil Gah Dan Berbeza

Catat Komen

Setelah merungkai mengenai Apa itu Minisite? dan Apa itu Landing Page?. Kali ini, dalam siri tulisan Tampil Gah dan Berbeza saya akan cuba untuk menerangkan mengenai Apa itu Biolink? Sebelum ini sekiranya anda perasan dalam artikel terdahulu, saya ada menyebutnya secara ringkas. Kali ini kita cuba jelaskan lebih lanjut.

Biolink adalah salah satu jenis minisite yang dijadikan landing page untuk tujuan menyimpan banyak link dalam satu halaman. Pada kebiasaannya link-link tersebut adalah, link sosial media atau  link penawaran servis / jualan (salespage). Biolink bolehlah kita katakan secara umumnya sebagai Kad Nama Digital. Kerana dengan hanya memberi satu link, ada dapat link akses ke banyak link yang dikehendaki. Lihat Contoh dibawah ;







Anda dapat lihat dalam contoh ini bagaimana susun atur sesebuah biolink yang responsif sebagai memudahkan orang yang mengaksesnya untuk mencari maklumat "link" yang diinginkan.

Biolink biasanya akan diletakkan dalam Bio pada media sosial untuk menjadi "jambatan" penghubung ke link-link yang lain. 





Menarik bukan?

Oleh kerana biolink adalah sebuah halaman minisite, jadi pada umumnya biolink mempunyai bentuk domain tertentu seperti:

www.dasirrounin.com
bio.dasirrounin.com
dasirrounin.com/bio

Saya sendiri menyedia perkhidmatan membina biolink, di alamat web iaitu 

>>> https://biolink.dasirrounin.com <<<

Anda juga boleh kunjungi biolink saya : Biolink Dasir Rounin

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Komen