Jangan Takut Di Benci Orang

Catat Komen

Jangan takut dibenci orang lain hanya kerana kamu ingin menjadi diri sendiri. Tidak semua dapat menerima diri anda sebagai diri anda yang seutuhnya. Memaksa orang untuk menyukai anda atau memaksa diri untuk menjadi orang lain demi membuat orang menyukai anda bukanlah solusinya.

 Ali Bin Abi Talib berkata : 

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapapun, Orang yang mengenalimu tidak akan perlukannya, Orang yang tidak menyukaimu, tidak akan mempercayainya

Jadilah seorang yang berani untuk menidakkan permintaan orang lain sekiranya perkara tersebut membuat mu tidak berasa senang. Hidup ini bukanlah untuk mengikut acuan dari orang lain yang kadangkala bukanlah siapa-siapa dalam hidupmu. Kalaupun kamu mengiyakannya,orang yang membencimu akan terus membencimu dengan mencari 1001 alasan lainnya. 

Alasan yang selalu anda jadikan sebagai rasa ingin terus mengikut kehendak orang lain pada kebiasaannya hanyalah kerana tidak mahu terjadi ke kemelut dan pergolakan. Sekali dua mungkin tidak mengapa, bayangkan perkara itu berlanjutan sehingga membuat orang lain tidak lagi mengormati mu atau dalam bahasa kasarnya "menginjak kepalamu". Jadilah diri sendiri. Jangan sampai dirimu terkorban dalam keadaan masih bernyawa hanya kerana menjadi penurut kata orang lain.

Jangan Takut Di Benci Orang -dasirrounin

Lihatlah dalam masyarakat moden kita. terlalu banyak kes bunuh diri dilaporkan terjadi daripada selebriti terkenal yang menjadi stress kerana cuba memenuhi tuntutan umum terhadap mereka. Hidup mereka dalam kepompong ekspektasi yang pada zahirnya terjadi hanyalah kerana takut untuk dibenci orang. 

Hal terbaik yang anda dapat lakukan ialah menjadi diri sendiri dan cuba untuk memenuhi tuntutan kemahuan orang lain dengan caramu sendiri. Ini akan memletakkan keadaan dalam sitausi menang-menang. Sebaik apapun anda, pembenci akan terus mencari sebab untuk membenci. Jadi alasan apa lagi yang membuat mu untuk takut dibenci? Kata Adrian Tan, direktor kepada perusahaan firma guaman Drew and Napier, "BE HATED".

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Komen