Apa itu Minisite? | Tampil Gah Dan Berbeza

1 ulasan

Apa itu Minisite?  Menurut laman web techterms.com, Minisite adalah sebuah laman web kecil yang didedikasikan untuk suatu topik tertentu dan selalunya adalah berkaitan dengan sebuah laman web yang besar. Secara ringkas, minisite adalah sebuah halaman yang menyimpan maklumat yang anda ingin beritahukan dengan tujuan tertentu dan dapat diakses oleh sesiapa pun selama mempunyai sambungan internet.

Pada kebiasaannya, minisite lebih memfokus sebagai laman jualan atau lebih dikenali sebagai Sales Page. Walaubagaimanapun, ada juga yang mengunakan  minisite sebagai tempat untuk mengumpulkan  database pelanggan melalui penawaran-penawaran tertentu.Ini lebih dikenali sebagai Squeeze Page. Tidak terkecuali juga ada yang mengunakan minisite sebagai halaman untuk portfolio bagi memudahkan  akses terhadap semua link yang dibuat. Yang satu ni namanya adalah Biolink

contoh AIO Page      contoh Sales Page

Minisite jenis Sales Page (Laman Jualan) bertindak sebagai kaedah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda lakukan. Hal ini kerana, ia mampu memaparkan penerangan yang lebih terperinci berkenaan suatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan perkembangan teknologi Internet masa kini, telah menjadi fitrah untuk mencari tahu maklumat tertentu dangan cepat mengunakan platform Google.

Psikologi konsumen lebih cenderung untuk memilih produk atau perkhidmatan yang mempunyai penawaran di internet. Jadi hal ini perlu dimanfaatkan oleh peniaga untuk menarik lebih banyak pelanggan. Sekaligus membuatkan anda lebih gah dan berbeza berbanding dengan pesaing anda.

Selain itu, seperti yang saya jelaskan di awal artikel ini, minisite anda dapat diakses selama 24 jam dan 7 hari seminggu dengan adanya sambungan internet. Hal ini memberikan kelebihan kepada penawaran anda berbanding strategi pengiklanan mengunakan platform lain. 

Minisite anda juga boleh dioptimasikan bergantung kepada pengunaan. Dengan Minisite jenis Biolink, anda terlihat lebih profesional dalam menanggapi branding anda di mata orang lain. Minisite jenis ini sangat popular dikalangan Selebriti di Internet. 

Baiklah, itulah secara ringkas berkenaan dengan Minisite. Semoga anda mendapat gambaran mengenainya. Saya akan melanjutkan siri artikel Tampil Gah dan Bebeza dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, terus mengikuti blog ini.  

Nak buat Minisite? Hubungi saya. Klik sini

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

1 ulasan

  1. very interesting . I like it, because I working with https://aduk.de/ .

    BalasPadam

Catat Komen