Apa itu Landing Page? | Tampil Gah Dan Berbeza

Catat Komen

Kalau sebelum ini kita ada membahas berkaitan dengan, Apa itu Minisite? pada kali ini kita akan merungkai apa itu landing page pula. 

Apa itu Landing Page? Secara mendasarnya, landing page boleh la diertikatakan sebagai sebuah halaman dalam sebuah laman web yang akan menjadi tempat pengunjung "mendarat" ketika masuk ke alamat yang dituju. Seperti Minisite juga, pada kebiasaannya sebuah landing page adalah berkaitan dengan sebuah laman web yang lebih besar dengan tujuan tertentu yang menjadi tumpuan pengunjung.

Baiklah mari kita analogikan laman web sebagai sebuah rumah. Landing page boleh jadi sebagai halaman rumah anda atau mungkin ruang tamu atau mungkin dapur. Landing page boleh sahaja menjadi apa-apa ruang halaman yang terdapat dalam laman web tersebut bergantung kepada kehendak dari empunya website.

Walaubagaimanapun, pada kebiasaanya landing page adalah halaman utama sesebuah laman web itu sendiri, yakni halaman yang mengandungi pelbagai link untuk membuat penyelusuran didalam website tersebut. Sebagai contoh dalam laman web saya ini, dasirrounin.com. Landing page adalah halaman utama yang menempatkan elemen-elemen tertentu (header, sidebar, footer dll), catatan-catatan terbaru saya, ruang iklan, link media sosial, dan link ke halaman-halaman lain yang terdapat dalam website ini.

landing page dasirrounin

Adakah anda sudah mendapat gambaran apa itu landing page? Pada artikel selanjutnya dalam siri Tampil Gah Dan Berbeza, saya akan menulis berkenaan dengan Apa perbezaaan antara Landing Page dan Minisite. Stay Tune.

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Komen