Askida Ekmek | Tradisi Berbagi Roti Di Turki

Catat Komen

Askida Ekmek adalah satu tradisi yang ada sejak Zaman Pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Saya pernah menonton sebuah filem (malangnya saya lupa tajuk filem tersebut) yang mana antara salah satu babak dalam filem tersebut ada seorang lelaki masuk ke kedai kopi lalu membisikkan sesuatu kepada pelayan di kedai kopi tersebut dan kemudian duduk di kerusi yang disediakan. Pelayan pun datang dengan secangkir kopi kemudian menuliskan sesuatu di papan tulis yang terdapat di dinding kedai tersebut. Usai menikmati kopinya, lelaki tersebut pun menuju kaunter untuk membayar. Lelaki tersebut membayar untuk 2 cangkir kopi. Secangkir kopi yang diminumnya dan satu lagi untuk disedekahkan. Dan tertulis di papan tulis perkataan:-

Secawan kopi percuma.

Begitulah lebih kurang konsep dari pada Askida Ekmek. Hanya sahaja, perlaksanaannya dan itemnya berbeza. Askida Ekmek adalah tradisi berbagi roti Ekmek yang sangat terkenal di Turki. Secara mudahnya, seorang pembeli akan datang membeli roti Ekmek dan akan hanya mengambil kurang daripada kuantiti yang dibayar, sementara lebihan daripada roti yang dibeli tersebut akan diletakkan oleh Peniaga roti tersebut di dalam bakul yang tergantung di tiang kedai atau diisi ke dalam beg plastik kemudian digantungkan di sudut tertentu untuk diambil oleh golongan yang memerlukan. Tonton video berikut :-

Bagi yang mempunyai lebihan rezeki, ini adalah peluang untuk berbagi, sementara bagi yang memerlukan, ini adalah kesempatan untuk merasai nikmat dari Allah S.W.T. Keindahan dalam konsep ini adalah seseorang yang memberi tersebut tidak akan peduli dan tahu siapa yang akan menerimanya. Sementara kelak orang yang mendapat roti akan ingat untuk memutar roda dengan bersedekah apabila mendapat rezeki lebih. Semoga kita diberikan kebaikan

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Komen