Pengajaran Dari Cerita Pendek Alone (Youtube)

Catat Ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selalu diceritakan dalam setiap filem berkaitan "apocalypse" bahawa yang akan tersisa adalah para saintis yang akan menemui penyelesaian atau adiwira yang akan membentuk koloni selepas menemui kesusahan. Itu tidak berlaku dalam filem pendek yang bertajuk "Alone" ini. Baiklah sila tonton dahulu filem pendek ini.

Tonton disini :-


Alone menceritakan mengenai seorang lelaki yang kononnya menjadi satu-satunya orang yang terselamat daripada bencana yang berlaku di dalam dunia (sekurang-kurannya itulah yang beliau percaya). Beliau merasa bahawa sebagai lulusan pengurusan perniagaan, beliau tidak layak untuk menjadi yang terakhir.. Dalam mempersoalkan kenapa beliau terselamat dan apa yang perlu beliau buat, beliau merasakan bahawa teori-teori zombie adalah salah, dan jika ianya benar, beliau tidak akan kesunyian.

Cerita dimulai dengan mimpi yang beliau alami, yang mengambarkan kehidupan normal yang selalu beliau hadapi dalam hari-hari sebelum bencana menimpa. Kemudian beliau menjalani hari-harinya dalam keseorangan selepas bencana. Tinggal di sebuah rumah yang lengkap dengan penjana kuasa, Hidup dengan mengandalkan makanan tin yang di ambil dari rumah-rumah kosong. Dengan bermonolog banyak pengajaran yang cuba disampaikan melalui filem pendek ini.

Pengajaran Dari Cerita Pendek ini:-

  1. Anda tidak akan pernah tahu nilai sesuatu itu sehingga ianya hilang dari anda.
  2. Anda tidak akan menyedari kebenaran sehingga itu menjadi satu realiti.
  3. Suatu perkara yang janggal mungkin akan menjadi norma baharu dalam kehidupan.
  4. Dalam keadaan tertentu, duit hanyalah sekeping kertas.
Sekiranya kita cakna dalam berfikir, pada era Pandemik Covid-19 ini, kita sedar dan diperlihatkan dengan perkara-perkara yang berikut. Memakai pelitup muka yang dahulunya hanya dapat dilihat di hospital atau pusat-pusat kesihatan kini telah menjadi sesuatu kebiasaan bagi kita. Sanitizer yang sangat jarang kita temui, kini selalu menemani kita. Pengimbas suhu wajib di semua tempat. Itulah sedikit sebanyak yang cuba disampaikan dari cerita pendek ini.

Satu perkara yang saya rasakan lucu dan sangatlah benar adalah apabila beliau berkata:

I haven't spoken to another human being in years. When I finally do speak I don't even recognize it.  It's basically foreign to me.

See. Bila da terlalu lama tak bercakap, suara sendiri pun akan terasa asing. Itu sememangnya berlaku, betul tak?


Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

Catat Ulasan