Pengajaran Dari Cerita Pendek Zero (Youtube)

Catat Ulasan

Tajuk untuk Cerita Pendek pada kali ini adalah Zero. Kita akan mengali pengajaran yang berguna untuk menjadi manusia berjaya yang terdapat dalam cerita pendek ini. 

Sebelum tu mari kita tonton dahulu:-


Cerita pendek ini merupakan karya dari seorang Pengarah Filem dari Mumbai, India yang bernama Mihir Mahidhar. Cerita pendek ini berdurasi hampir 17 minit, tetapi sehingga mini ke-10, penonton akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin di sampaikan. Sekurang-kurangnya itulah yang saya sendiri rasakan ketika menontonnya.

Zero mengisahkan seorang pemuda yang mempunyai sebuah gerai menjual minuman tea di tepi jalan yang terletak lebih kurang 10 km dari Pekan Nanakheda. Namun apa yang terjadi, gerainya tersebut tidak ada pengunjung walaupun hampir setiap masa ada kenderaan yang melalui tempatnya. Keadaan tersebut membuatkan dia seolah-olah putus harapan untuk terus berada disitu.

Semua berubah pada suatu malam apabila terdapat 2 orang pemabuk yang melalui kawasan tersebut lalu bertindak memadam angka 0 pada Batu Penanda Jalan yang tertulis Pekan Nanakheda 10 km menjadi Pekan Nanakheda 1 km. Terdapat faktor psikologi yang membuatkan orang tertanya-tanya kebenaran batu penanda jalan itu sehingga membuatkan ramai orang singgah untuk bertanya di gerai pemuda tersebut lantas meminum tea di situ. Beliau hanya mengetahui hal tersebut setelah seorang pelanggannya memberitahunya mengenai batu tersebut. Beliau pun pergi melihat batu tersebut. Setelah menyedari perubahan pada batu tersebut menjadikan gerainya banyak dikunjungi orang, beliau pun memasang setanggi tanda mensyukurinya.

Satu perkara menarik bagi saya dalam cerita ini adalah ketika beliau berasa sungguh bosan, pelbagai perkara dilakukannya seperti cuba membuat simulasi memasak tea dan meminumnya. Itu adalah antara perkara yang fitrah dilakukan bagi orang yang dalam kebosanan, kan?

Pengajaran Dari Cerita Pendek ini:-

  1. Perubahan yang kecil mampu menjadi titik permulaan kejayaan
  2. Pastikan anda mempunyai pendorong dalam melakukan sesuatu
  3. Take a break
  4. Bersyukur sentiasa.
Kalau anda bosan apa yang anda akan lakukan?




Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Ulasan