Ubasute Yang Terbatal | Kasih Sayang Yang Tiada Tara

5 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ubasute adalah tindakan meninggalkan orang tua  kebiasaanya ibu atau bapa sendiri di dalam hutan untuk mati. Praktik yang dilakukan di Jepun ini adalah salah satu bentuk senicide yang mengambarkan keadaan yang penuh penderitaan masyarakat di zaman dahulu kala. Baiklah disebalik kengerian ubasute ini, ada cerita yang boleh diambil sebagai iktibar bagi kita di zaman moden ini. Ikuti ceritanya :-

dasirrounin-ubasute yang terbatal


Diceritakan pada suatu ketika dahulu, tinggallah seorang lelaki bersama ibunya di dalam masyarakat yang mengamalkan ubasute. Beliau sangat menyayangi ibunya yang sudah mencapai umur 70 tahun. Namun, dek kerana didesak untuk menuruti tradisi ubesute, beliau pun terpaksa menghantar ibunya ke dalam hutan. 

Maka hari yang sdh ditetapkan pun tiba, si anak mempersiapkan kelengkapan untuk membawa ibunya ke hutan. Dengan berat hati, mereka pun meninggalkan rumah dan menuju ke hutan. Ibu yang sdh tua, masih mampu tersenyum walaupun takdir hidupnya akan datang kelam. Dalam perjalanan, si Ibu dengan tenaga tuanya cuba mengapai ranting-ranting kayu dan mematah-matahkannya lalu menaburkan sepanjang perjalanan. 

dasirrounin-ubasute yang terbatal 2


Tidak lama kemudian, maka sampailah mereka ke kawasan yang dituju. Tempat yang memutih oleh rangka-rangka manusia yang pernah ditinggalkan di situ. Burung-burung gagak berlegar-legar keriangan menantikan habuan. Si anak yang jelas berat hati melihat persekitaran itu pun menurunkan ibunya. Tikar yang dibawa dibentangkan untuk ibunya duduk. Bekal makanan cuba diberikan oleh si anak kepada ibunya, namun ibunya menolak dan menyuruhnya untuk membawa kembali bekal tersebut kerana pasrah bekal tersebut tidak akan bertahan lama untuknya. Kata perpisahan terasa berat untuk diucapkan, si anak memeluk erat ibunya. 

Ibunya pun bersuara,"Nak, pergilah kau kembali. Tinggalkan aku di sini. Dalam perjalanan kita tadi, Ibu ada meninggalkan jejak mengunakan ranting-ranting kayu. Kau cuma perlu untuk mengikuti jejak tersebut. Semoga kau sampai ke rumah dengan selamat". 

Photo by Pat Whelen on Unsplash


Mendengar ucapan ibunya itu, si Anak tersedar bahawa tradisi ubasute itu adalah salah dan terus mengangkat ibunya kembali dan membawanya pulang. Lalu mereka pun berpindah dari kauman tersebut kerena tidak sanggup untuk mengikuti tradisi yang sungguh zalim itu. Tinggallah mereka jauh dari masyarakat yang mengamalkan ubasute itu. Ibunya dijaganya hingga akhir hayat. Dengan akal yang sihat, ubasute pun terbatal.

Begitu la kisahnya, walaupun tahu apa yang akan berlaku kepadanya, si Ibu masih bimbangkan anaknya. kisah ini seperti kisah yang sebelum ini saya ceritakan iaitu Hingga Akhir Masa | Kasih Sayang Yang Tiada Tara. Banyak iktibar dalam cerita ini bagi yang berfikir. Cuba anda tolong nyatakan apa pengajaran yang anda dapat melalui cerita ini. 


Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

5 ulasan

  1. Kisah yang mengharu biru. Saya ingat pernah baca, bahwa Tradisi itu pernah menjadi amalan di beberapa tempat di Jepang.

    BalasPadam
  2. Sebuah ulasan Inspirasi yang menarik mas ...Salam kenal.😊😊

    BalasPadam
  3. menginspirasi sekali mas ceritanya, untuk anak yang masih punya orang tua baiknya di jaga kasih sayang, bukan malah di telantarkan

    BalasPadam
  4. @Satria Mwb

    Salam kenal juga Mas. terima Kaish sudah mampir ke sini.

    BalasPadam
  5. @Khanif

    Betul tu.. itu sudah menjadi tanggung jawab kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan