Punca Stress | Bebaskan Dirimu Dari Belenggu (Ep.3)

2 ulasan
Setiap orang akan merasai stress. Yang membezakan adalah seberapa besar kesan stress tersebut terhadap kehidupan. Sebab dan akibat. Setiap kejadian ada puncanya, begitu juga stress. Punca stress ada banyak dan ianya boleh dikelaskan berdasarkan ciri-ciri tertentu iaitu:-

Punca Stress

Tekanan Dalaman

Kendali dalam minda adalah antara penyebab utama berlakunya stress. Apabila tidak dapat dikawal dengan baik, stress akan lebih mudah berlaku. Kadang-kadang, seseorang itu akan meletakkan diri dalam keadaan stress terhadap perkara yang seharusnya tidak memberi sebarang tekanan sama sekali. Tekanan dalaman biasanya berkaitan dengan keadaan pemikiran seseorang itu dalam menanggapi sesuatu situasi. Sebagai contoh dalam situasi kemalangan yang mengakibatkan kerosakan pada kenderaan, seseorang yang tidak mempunyai kendali terhadap pemikirannya akan lantas merasa stress dan mengakibatkan sesuatu diluar kawalan bakal berlaku.

Tekanan Persekitaran

Ingat tak dalam episod pertama siri Bebaskan Dirimu Dari Belenggu? Saya ada memberikan contoh mengenai Orang Zaman Batu yang akan berasa stress untuk berburu makanan. Pada dasarnya terdapat 2 faktor persekitaran yang mampu memberikan stress iaitu perubahan iklim dan benda hidup. Sebarang aktiviti atau perubahan yang berlaku di persekitaran boleh juga membawa kepada stress. Sebagai contoh, dalam sebuah kejiranan, bunyi bising dari satu rumah akan memberi impak kepada masyarakat sekitarnya 

Tekanan Peristiwa Hidup

Terdapat pelbagai peristiwa hidup yang boleh memberikan stress kepada seseorang antaranya ialah:- 
  1. Dipenjara
  2. Kematian insan tersayang
  3. Menghidap penyakit
  4. Rumahtangga yang bermasalah
  5. Muflis 
Anda mungkin mengalami peristiwa diatas sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda. Ada antaranya yang tidak dapat kita elakkan. Ia sudah ditakdirkan terjadi kepada kita.

Tekanan Pekerjaan/Persekolahan

Pekerjaan selalunya menjadi punca utama kepad berlakunya stress. Pada tahun 2017 menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ketika itu iaitu, Datuk Azih Muda,  terdapat 20,000 penjawat awam yang bersara awal setahun disebabkan tekanan di tempat kerja. Dibandingkan dengan jumlah bersara wajib bagi setahun antara 30 000 hingga 35 000, angka tersebut agak membimbangkan. Pelbagai tekanan dalam pekerjaan seperti konflik antara pekerja atau majikan, bebanan kerja diluar kemahiran dan jadual kerja yang padat serta. Selain daripada itu, fenomena buli juga boleh membuatkan stress ditempat kerja. Hal ini juga berlaku di sekolah atau pusat-pusat pengajian.

Setelah mengetahui serba ringkas punca-punca yang boleh menyebabkan stress, kita akan dapat mencari cara mengatasinya. terus ikuti siri Bebaskan Diri Dari Belenggu untuk penjelasan lebih lanjut.


Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

2 ulasan

  1. Petua saya; jangan terlalu beremosi dalam sesuatu perkara. Kena faham kehidupan ini sememangnya tempat diuji dan kebihupan ini adalah sementara sahaja.

    BalasPadam

Catat Komen