Rahsia Kejayaan | Manfaatkan Peluang Sebaik Mungkin

6 ulasan

Sebenarnya ada banyak rahsia kejayaan. Dan setiap individu itu ada rahsia tersendiri dalam mencapai kejayaannya. Kali ini saya ingin  bercerita mengenai kelebihan memanfaatkan peluang yang datang dengan sebaik mungkin.

Mungkin anda sudah pernah dengar mengenai satu temuramah yang yang dikaitkan dengan Bill Gates (siapa tak kenal dia ni, kan?). Kesahihanya merujuk kepada Bill Gates masih tidak dapat di buktikan. Tapi bagi saya, ianya sesuatu yang baik untuk dikongsikan. Saya tak akan merujuk kepada Bill Gates, sebaliknya membahasakannya sebagai Azmi.

Photo by JD Mason on Unsplash
Gambar oleh JD Mason dari Unsplash

Dalam sebuah temuramah, wartawan yang bertugas bertanya kepada Azmi.

"Encik Azmi, apa rahsia kejayaan Encik?"

Azmi tidak menjawab pertanyaan itu, sebaliknya mengeluarkan buku cek dari dalam begnya lalu menghulurkan kepada wartawan tersebut dan menyuruhnya menulis jumlah wang yang beliau inginkan. Wartawan itu merasa tersinggung dengan jawapan dari Azmi. Sambil tangannya menolak buku cek yang dihulurkan, beliau mengulangi pertanyaannya. Azmi menghulurkan semula. Merasa dipermalukan, wartawan tersebut mengambil buku cek tersebut dan mengoyak-goyakknnya.

Azmi pun bersuara.

"Anda menanyakan rahsia kejayaan saya, inilah antara rahsia kejayaan saya yang mana ramai orang tidak menyedarinya. Saya akan sentiasa memanfaatkan setiap peluang dengan sebaik mungkin, tidak seperti anda. Andai saja anda mengetepikan ego anda tadi dan mempunyai prinsip seperti saya, anda mungkin lebih kaya berbanding saya"

Tuntasnya,sekiranya kita ingin merasai manisnya kejayaan salah satu rahsianya adalah dengan memanfaatkan peluang yang datang bila-bila masa. Seperti semasa musim Pandemik Covid-19 ini, tatkala kita di uji dengan keadaan yang tak menentu, ada orang melihatnya sebagai peluang. Ada orang melihatnya sebagai musibah. Bagi yang melihat perkara ini sebagai peluang, ingin saya kongsikan beberapa cara yang anda boleh pelajari dengan memanfaatkan masa semasa berada di rumah. Anda boleh memilih apa yang sesuai untuk anda pelajari. 

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

6 ulasan

  1. peluang kedua macam nabila razali boleh? hehe

    BalasPadam
  2. @NARDtheNERD..
    😁..tiada peluang kedua kata MK

    BalasPadam
  3. Setiap masalah adalah peluang kan

    BalasPadam
  4. @Dunia Zumal
    Ya.. Al-Quran surah Al-Insyirah ayat 5, "Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan."

    BalasPadam

Catat Ulasan