Lelaki Juga Akan Mengalami Menopause? | Ini Faktanya.

9 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Benarkah lelaki juga akan mengalami menopause seperti wanita? Ini adalah pertanyaan yang mungkin kurang ditanyakan dikalangan masyarakat, kerana menopause selalunya dikaitkan dengan kaum wanita.


dasirrounin- freepik- lelaki menoapuse


Menopause pada wanita adalah merujuk kepada umur yang mana penghasilan hormon estrogen dan progesteron berkurangan. Hormon ini adalah penting dalam proses kitaran haid dan mempersiapkan tubuh seorang wanita itu untuk melalui proses kehamilan. Dengan berkurangnya hormon tersebut, dan terjadinya menopause maka kitaran haid yang terganggu akan menyebabkan peluang untuk hamil sangat rendah dan lama-kelamaan tidak akan merasainya lagi. 

Bagi lelaki pula, menopause tidak merujuk kepada kehilangan signifikan fungsi pembiakan seperti yang terjadi pada wanita, sebaliknya ianya merujuk kepada kadar hormon testosteron yang akan menurun sebanyak lebih kurang 1% setiap tahun bermula pada usia 30 tahun. Hormon testosteron yang dihasilkan dalam testis lelaki memainkan peranan penting dalam fungsi pembiakan lelaki. Selain itu, hormon ini juga memacu kepada motivasi seorang lelaki, memberikan tenaga mental/fizikal dan lain-lain. Seiring dengan peredaran masa, kadar testosteron yang rendah akan menyebabkan lelaki mengalami menopause yang mengakibatkan masalah fizikal, seksual dan psikologi seperti:-

  1. Kurang bertenaga
  2. Motivasi menurun
  3. Stress dan Seterusnya Kemurungan
  4. Hilang keyakinan diri
  5. Sukar menumpukan perhatian
  6. Insomnia
  7. Berat bada meningkat
  8. Tulang rapuh (Osteoporosis)
  9. Kemandulan atau mati pucuk

dasirrounin- freepik- lelaki menoapuse 2


Namun, berita gembira bagi lelaki, terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk melambatkan kadar pengurangan penghasilan hormon testosteron. Antaranya ialah :-

  1. Bersenam selalu
  2. Elakkan stress
  3. Tidur secukupnya
  4. Diet yang seimbang
Bagi mereka yang menghidap penyakit seperti diebetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung adalah lebih cenderung untuk menopause lebih awal. Selain daripada itu pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan hal yang sama. Kemurungan diyakini juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan menopause pada lelaki.

Tiada rawatan khusus untuk merawat menopause pada lelaki seperti mana juga yang terjadi kepada wanita. Namun dengan dengan pencegahan melalui empat cara yang digariskan di atas, dapat membantu melambatkan kadar pengurangan penghasilan hormon testosteron. Sebenarnya sesetengah pakar mengesyorkan terapi testosteron, namun tindak balas tubuh seorang lelaki yang berbeza-beza terhadap rawatan ini membuatkan keberkesanannya masih kurang jelas. 


dasirrounin- freepik- lelaki menoapuse 3


Oleh yang demikian, benarlah kata "mencegah lebih baik dari mengubati" untuk mengambarkan situasi ini. Sebagai seorang lelaki yang ingin kekal sihat topik ini perlu diambil perhatian.





Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

9 ulasan

  1. Alamak, kita dah 36, mesti peratusan hormon dah hilang banyak ni. Tapi yang ketara tu asyik lupa

    BalasPadam
  2. Oooo baru tau lelaki pun ada Menopause.

    BalasPadam
  3. @Eina Md Ali.

    Yup, Sis.. ada tarikh luput juga.

    BalasPadam
  4. Oh! Tak tahu seumur hidup saya tentang lelaki menopause. Baru tahu ni... tq for sharing!

    BalasPadam
  5. orang kata selagi kuat pegang cawan selagi tu laki belum monopos. ehehe

    BalasPadam
  6. Bila dah ada tiga serangkai ni bermaksud menopause la tu utk lelaki...takutnya..huhuhu....

    BalasPadam

Catat Ulasan