Kisah Si Buta Minum Ubat | Kekurangan Bukan Halangan

10 ulasan
dasirrounin-kisah sibuta minum ubat


Alkisah, disebutkan seorang lelaki buta yang terdampar ditengah padang pasir. Jangan tanya kenapa, beliau boleh berada ditempat itu. Boleh jadi, Si Buta itu tadi berjalan dan terus berjalan tanpa mengetahui arah tuju sehingga sampai ke kawasan tersebut. Dalam radius 500m, terbentang luas pepasir tanpa kelihatan tanda-tanda keberadaan manusia lain selain c Buta. Berbekalkan tenaga yang tersisa, si Buta cuba untuk duduk berehat kerana menyedari sudah terlalu jauh perjalanan yang ditempuhinya.

Si Buta menghidap sejenis penyakit yang memerlukan beliau untuk meminum 2 jenis ubat sebiji setiap hari . Kebetulan hari itu beliau belum minum ubat lagi. Ketika duduk berehat, beliau pun menyantap roti yang dibawanya bersama. 

Image by jorono from Pixabay

Usai memakan roti, beliau pun mencari ubatnya. Di dalam bekas ubat yang dibawanya, terdapat 4 biji ubat. 2 biji jenis A dan 2 biji jenis B. Ubat dalam bentuk pil tersebut, mempunyai rupa bentuk yang sama hanya saja dibezakan oleh warna. Beliau tidak boleh makan 2 jenis ubat yang sama kerana berakibat fatal. Oleh kerana beliau tidak dapat melihat? Dan tiada siapa yang dapat membantu. Bagaimanakah si Buta menyelesaikan hal ini.


dasirrounin- ubat si buta

Walaupun cacat, si Buta seorang yang bijaksana. Beliau memotong setiap pil tersebut kepada 2 dan mengasingkannya. sehingga membentuk 2 bahagian. 1 bahagian untuk hari ini dan satu bahagian untuk esok. Beliau pun memakan ubat untuk hari itu dan meneruskan perjalanan sehingga ada seseorang di temuinya yang membantunya untuk menunjukkan jalan pulang.

Terdapat sedikit pengajaran dari kisah si Buta ini. Kekurangan bukanlah halangan untuk menyelesaikan masalah. Dengan akal yang sihat, kita boleh merubah sesuatu menjadi lebih baik.

Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

10 ulasan

  1. Pembelajaran yang bagus sekali. Menjadikan saya untuk tidak mudah patah semangat. Yang buta saja bisa begitu bijaksana, kita yang tidak ada kekurangan fisik harusnya lebih bersemangat. Tak mudah menyerah.

    Nice story, kak :)

    BalasPadam
  2. Dalam kekurangan ada kehebatannya. Setiap manusia tu ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sempurna tak semestinya hebat. Kurang upaya tak semestinya tak hebat.

    BalasPadam
  3. intinya jangan pantang menyerah ya mas, meski buta tapi tetap ada jalan untuk hidup :D

    BalasPadam
  4. Sungguh cerdas akal yang dimiliki oleh si tuna netra.
    Aku juga sependapat dengan makna dari kisah ini untuk tidak mudah menyerah dan harus bisa mengatasi kesulitan.
    Salam.

    BalasPadam
  5. Mata boleh buta, tapi akal jangan sampe.
    Sungguh cerita yang sangat menginspirasi.

    BalasPadam
  6. @Dewi Apriliana

    Ya..jangan mudah menyerah.. tetap semangat

    BalasPadam
  7. @Azhafizah MN

    Banyak da buktinya, kan..

    BalasPadam
  8. 😁 @Himawan Sant.. tuna netra, wow..satu perkataan baru bagi ku..tq komentarnya

    BalasPadam

Catat Komen