Apa itu Hipnosis Diri? | Kuasai Alam Bawah Sedar (Ep.1)

4 ulasan
Hipnosis atau dalam bahasa yang selalu kita dengar ia disebut "pukau". Sudah semestinya kita pernah mendengar mengenai kes-kes pukau. Ada orang ketika mengeluarkan duit di ATM, dipukau lalu memberikan duitnya kepada orang yang memukaunya tadi. Ada anak-anak kecil dipukau lalu diculik. dan macam-macam lagi. Mungkin anda pernah menonton rancangan Magician's Got Talent yang mana seorang peserta, Chris Jones telah memukau juri iaitu Howie Mandel. Howie mempunyai fobia terhadap kuman yang lebih dikenali sebagai mysophobia sehingga takut untuk bersalaman dengan orang lain. Dalam acara tersebut, Chris telah memukau Howie untuk bersalaman dengannya. Bukan itu sahaja Howie juga turut bersalaman dengan tiga orang juri yang lain. Sehingga hashtag #HowieShakesHands menjadi trending. Begitu la bahayanya Hipnosis atau Pukau. Untuk melihat videonya sila klik :- Howie dihipnosis untuk bersalaman. 

Howie Mandel Hipnosis - Dasir Rounin

Baiklah. Apa sebenarnya Hipnosis ni?

Hipnosis adalah suatu seni komunikasi yang mampu mempengaruhi tingkat kesedaran seseorang yang dicapai dengan cara tertentu melalui modifikasi gelombang pada otak. Ok, untuk lebih senang, boleh diertikatakan anda mendapat akses penuh ke dalam gelombang otak. Mungkin contoh-contoh yang saya nyatakan sebelum ini, lebih menjurus kepada hal negatif. Sebenarnya amalan Hipnosis juga memberi kebaikan melalui praktik Hipnoterapi.  

Secara umumnya, terdapat 4 jenis hipnosis berdasarkan pelakunya iaitu:- 
  1. Self Hipnosis /Hipnosis Diri - Dilakukan terhadap diri sendiri 
  2. Hetero Hipnosis  - Hipnosis yang dilakukan oleh orang lain
  3. Para Hipnosis - Dibawa pengaruh ubat contohnya bius.
  4. Waking Hipnosis - Dipengaruhi oleh Autoriti contohnya Tokoh Agama.
Baiklah, kali ni yang akan saya bahas adalah Hipnosis Diri. Berdasarkan pernyataan di atas, kita dapat mengetahui apa maksud Hipnosis Diri. Biasanya praktik ini digunakan untuk pengembangan diri atau mengubah tabiat/kebiasaan. Untuk tujuan itu, hipnosis diri lebih baik berbanding hetero hipnosis yang mana anda perlu mengandalkan diri sendiri berbanding orang lain. Kerana dengan memberi ruang yang lebih kepada orang lain untuk masuk ke dalam sisi kehidupan anda, akan ada kebarangkalian buruk yang boleh diperkirakan.  Oleh itu, mempelajari praktik hipnosis diri yang betul adalah sangat penting supaya keberhasilan dapat dicapai.

Walaubagaimanapun, anda masih perlukan bantuan pakar (Ahli Hipnosis) untuk memberikan garis panduan yang betul dan memantau proses hipnosis diri anda bagi memberi pandangan dan mencadangkan apa yang terbaik untuk anda. Saya pernah terbaca cerita mengenai seorang wanita yang melakukan praktik ini untuk menjadi pengusaha berjaya. Dalam kes ini beliau mempengaruhi alam bawah sedarnya melalui praktik hipnosis diri untuk memberi gambaran bahawa dia akan menjadi pengusaha berjaya, seterusnya menjadi pemangkin dan motivasi kepada dirinya untuk terus berusaha dengan lebih gigih sehingga mencapai apa yang diinginkannya. Hasilnya, beliau menjadi pengusaha berjaya seperti yang diinginkannya. Ini bukanlah rekaan, sebaliknya adalah kisah nyata yang dilandasi dengan ilmu sains.

Baiklah sampai disini dahulu artikel kali ini, akan bersambung pada episod kedua siri Kuasai Alam Bawah Sedar.


Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

4 ulasan

  1. Menarik. Tapi tentu ambil masa yg panjang utk dipelajari kan? Dan tentu kena ada kesungguhan.

    BalasPadam
  2. Ya,Puan. In Syaa Allah, saya akan cuba rungkai dalam tulisan selanjutnya.

    BalasPadam
  3. Menarik ni. Eina pernah dengar tentang minda bawah sedar ni and ada antara kawan-kawan Eina pernah praktikkan, memang betul terbukti berjaya. Eina pun sedang cuba :)

    BalasPadam
  4. Banyak nama2 besar lahir setelah mengawal minda bawah sedar mereka. Good Luck @Eina Md Ali.

    BalasPadam

Catat Komen