Benamkan Paku Ke Pokok | Inspirasi Menjadi Manusia Disenangi.

6 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dunia semakin mengila, saya terpanggil untuk menulis sebuah kisah yang boleh jadi inspirasi untuk menjadi manusia yang disenangi. Kalau kita perhatikan moden ini, dengan teknologi sosial yang canggih selalu disalah-gunakan oleh orang tertentu untuk melempiaskan amarah dan ketidakpuasan mereka terhadap sesuatu perkara tanpa menelaah terlebih dahulu dan berfikir akibat dari perbuatannya. Baiklah ikuti kisah ini.

dasirrounin- benamkan paku ke pokok

Dikisahkan ada seorang remaja lelaki yang sungguh panas baran. Beliau sangat  sukar mengawal perasaannya. Bila sudah marah, beliau akan mencaci maki dan memarahi orang sekelilingnya. Di sekolah beliau selalu terlibat dalam pergaduhan. Di rumah, adik-adiknya selalu menjadi mangsa. Akibatnya, beliau sukar untuk berkawan dengan sesiapa. Ayahnya yang menyedari akan hal tersebut pun terfikir satu solusi untuk anaknya. Beliau pun memanggil anaknya.

"Anak ku, kemari kau sekejap"

"Ya, Ayah." Walaupun bersikap panas baran, beliau tetap taat kepada orang tuanya.

"Mulai hari ini, Ayah mahu kau lepaskan amarah mu dengan membenamkan paku ini d pokok itu "si Ayah mengulurkan sekotak paku dan tukul lalu menunjuk ke arah Pokok Mangga yang berada di halaman rumah mereka.

"Baiklah, Ayah."jawabnya dengan sopan.

Petang itu juga, si Anak sudah mula memaku pokok tersebut selepas berasa geram atas sebab yang kurang jelas. Hari demi hari berganti, jumlah paku yang tertusuk ke pokok tersebut semakin banyak. Sebulan berlalu, si Anak perlahan-perlahan sudah mampu untuk mengawal barannya. Satu perkembangan positif fikir si Ayah. Beliau pun memanggilnya lagi.

"Sekarang Ayah mahu kamu cabut semua paku yang telah kamu tukul ke pokok ini".

Tanpa sebarang bantahan, si Anak pun segera mengambil tukul dan mula mencabut paku yang memenuhi batang pokok Mangga tersebut. Sejam kemudian, semua paku berjaya dicabut.

dasirrounin. paku dan pokok

Dengan hati yang senang si Ayah berkata;

"Nak, tahu tak kenapa Ayah suruh kamu buat semua ni?"

"Tak tahu." jawab si Anak singkat

"Ayah nak kamu belajar sesuatu, ketika kamu membenamkan paku ke Pokok Mangga ini, kamu akan merasa satu kepuasan. Itulah sekurang-kurangnya yang kamu akan rasakan apabila kamu melepaskan geram dengan memaki hamun atau memarahi seseorang selepas tidak mampu mengawal perasaanmu sendiri."

"Ketika kamu mencabut kesemua paku itu tadi,  terasa mudah bukan?" Itulah yang kamu rasakan apabila meminta kemaafan dari orang yang telah kamu sakiti. Ungkapan yang mudah dituturkan.

"Sekarang lihatlah pokok itu. Walaupun paku sudah di cabut, ada kesan lubang yang tertinggal. Anakku, ketahuilah. Begitulah hati orang yang pernah kau sakiti, Walaupun mungkin kau sudah meminta maaf, namun lubang itu akan mengambil masa untuk bercantum semula. Sekiranya tidak mampu bertahan, kemungkinan pokok itu akan mati."

"Anakku, Ayah mahu kamu kamu ambillah iktibar mulai dari sekarang. Mungkin orang yang kau lukai telah memaafkan mu, tapi ada kesan yang tertinggal sukar untuk dilupakan"

Si Anak yang tersedar, tunduk dan menangis serta berjanji akan menjaga tindakan dan bicaranya mulai saat itu.

Begitulah analogi kehidupan kita, kerana tindakan "tak bertanggungjawab", kadang ada hati yang terluka. Sama-sama kita belajar untuk menghormati satu sama lain. Hiduplah dengan harmoni. Kerana dunia ini bukan untuk kita sendiri, melainkan sama berkongsi. Hormat orang, orang akan hormatimu. Sama beringat. Selalulah introspeksi diri. Janganlah kita "membenamkan paku ke pokok" sehingga menyakitinya

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

6 ulasan

  1. satu kisah untuk pengajaran yg menarik.

    BalasPadam
  2. @Abam Kie
    Betul tu, Bang.. boleh jadi inspirasi untuk mengajarkan kepada anak-anak akan cara mengawal amarah.

    BalasPadam
  3. Kalaulah seseorang yang zumal kenal tu baca entri ni

    BalasPadam
  4. @Dunia Zumal..
    Inisiatifnya, Bro sharekanlah artikel ni untuk beliau baca. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan