Apa Itu Stress? | Siri Bebaskan Dirimu Dari Belenggu (Ep.1)

2 ulasan

Stress adalah sebahagian dari hidup kita. Tak kira siapa pun, semua akan mengalaminya. Jangan terkejut kerana, ada stress yang baik untuk diri kita. Namun terlalu stress adalah berimpak buruk kepada diri kita. Baiklah, Saya akan jelaskan dahulu apa itu stress. Stress adalah gangguan secara emosi, mental atau fizikal sebagai tindak balas terhadap suatu perubahan yang telah berlaku atau belum berlaku terhadap diri seseorang itu.

Biar saya berikan contoh dahulu. Kembali ke zaman silam. semasa manusia masih tinggal di dalam Gua. Manusia sememangnya pada masa itu sudah mengalami stress. Dengan keberadaan binatang buas manusia berasa stress untuk memenuhi keperluan makanan ketika berburu. Stress tersebut membuatkan mereka lebih berhati-hati semasa berburu. Pada ketika ini pula, stress dalam menjalani kehidupan sehari-hari yang memerlukan seseorang itu untuk memenuhi tuntutan samada dalam perhubungan, pekerjaan dan lain-lain. Anda boleh mendapat stress dari persekitaran, perasaan dan dari keadaan tubuh badan anda sendiri.

Stress - Dasir Rounin

Terdapat 3 jenis stress iaitu:-

  1. Acute stress : Stress jenis ini adalah jenis stress yang kita hadapi hampir setiap hari. Anda akan menhadapi stress jenis ini  semasa melakukan sesuatu yang baru dan mengujakan. Contohnya semasa anda memandu, anda menekan brek selepas melihat ada anak kecil melintas jalan. Anda akan berasa stress dengan keadaan tersebut. Namun, ianya dapat anda kawal
  2. Episodic Acute Stress : Stress ini adalah Acute Stress yang berulang kali di rasai oleh seseorang individu itu. Kurang kemampuan dalam beradaptasi terhadap suatu situasi menjurus kepada Episodic Acute Stress. Kesan daripada tindakan yang tidak realistik terhadap matlamat boleh menyebabkan stress jenis ini. Sikap pesimis dan selalu bimbang adalah antara puncanya. Sebagai contoh, sebelum mendapatkan lesen memandu, seseorang itu akan berasa stress apabila ternampak anggota penguat kuasa JPJ kerena takut disaman. 
  3. Chronic Stress : Masalah yang membelanggu seperti kemiskinan, pekerjaan yang membebankan atau masalah di dalam rumah tangga biasanya akan membawa kepada Chronic Stress yang membuatkan kehidupan kucar-kacir. Apabila individu itu merasa terbiasa dengan krisis yang dialami sehingga mengabaikannya kerana merasa tiada harapan untuk keluar dari kebiasaan itu, maka hal ini akan menjurus kepada kemurungan. Stress jenis ini sungguh berbahaya dan perlu dirawat dengan kadar segera.
Stress 2 - Dasir Rounin

Oleh itu, amatlah penting untuk menguruskan stress ini dengan baik. Sekiranya tidak, masalah yang lebih besar akan dihadapi. Seperti yang saya tegaskan diatas, stress adalah sesuatu yang normal berlaku dalam masyarakat namun jangan terlalu mengentengkannya kerana kalau tidak ditangani dengan baik, akan berakibat buruk kepada diri sendiri. 





Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

2 ulasan

  1. Banyak orang stress di musim PKP/PKPB. Tidak semua orang mampu menangani stress dengan baik. Itulah perluny amemiliki dan menambah ilmu mengurus stress.

    BalasPadam
  2. @Amie
    Ya betul tu Puan..jadi tanggugjawab kita sebagai masyarakat utk memberikan sokongan kepada mereka2 ni

    BalasPadam

Catat Komen