Apa itu Senicide? | Tradisi Derhaka Yang Memilukan

Catat Komen
Kita selalu mendengar perkataan seperti homocide, suicide atau paling tidak berita di televisyen pernah menyebut berkenaaan dengan genoside . Sebenarnya ada banyak lagi perkataan lain yang mempunyai kaitan dengan -cide. Cide merupakan pinjaman dari bahasa latin yang membawa maksud bunuh. jadi:-
homocide = pembunuhan
suicide = bunuh diri
genocide = pembunuhan beramai-ramai

Image by Paul Brennan from Pixabay

Kali ini saya ingin bercerita mengenai senicide. Senicide adalah tindakan membunuh orang tua yang pada lazimnya adalah merujuk kepada ibu dan bapa atau meninggalkannya untuk mati. Baiklah, sebelum melanjutkan cerita kali ini, saya ingin menyatakan dengan sesungguhnya bahawa, tindakan senicide ini adalah jelas satu tindakan salah yang tak bermoral. Dalam islam kita sangat dituntut untuk menjaga dan memuliakan kedua orang tua kita sehingga ke akhir hayatnya seperti yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Isra ayat ke-23 yang berbunyi:-

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya telah lanjut usia dalam jagaanmu, maka janganlah sesekali kau berkata 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

Pada umumnya, tindakan senicide ini adalah didasari oleh perkataan "membebankan".  Seperti yang kita ketahui bila umur sudah lanjut, keadaan fizikal akan melemah. Malah menurut kajian, bermula dari umur 60-70 tahun otak akan mengecil. Fungsi otak perlahan-lahan akan berkurang sehingga menyebabkan "kenyanyukan". Jadi pada usia 70 tahun, keupayaan seseorang itu akan berkurang.

Namun, ini bergantung sepenuhnya kepada tahap kesihatan seseorang itu. Keadaan ini menjadi pendorong kepada si pelaku senicide. Seorang yang sudah tua, dianggap membebankan dan dengan cara senicide, mereka menyelesaikan permasalahan itu. Selain itu terdapat juga sebab lain iaitu, cubaan untuk mengakhiri penderitaan bagi ibubapa yang menderita penyakit yang lebih dikenali sebagai euthanasia. Apapun alasannya, tindakan ini bagi saya adalah tidak betul.

dasirrounin ubasute wikipedia

Dalam masyarakat terdahulu, ada beberapa tradisi senicide yang dilakukan dengan pelbagai cara seperti yang berikut :-

  1. Ubasute (Jepun) - Ubasute bermaksud membuang orang tua ke hutan. Para pelaku akan membawa mangsa yang sudah tua ke dalam hutan dan ditinggalkan bersendirian. Sehingga orang tua yang ditinggalkan akan mati kerana beberapa sebab seperti kebuluran, dehidrasi, kesejukan atau menjadi santapan binatang buas.
  2. Thalaikoothal (India) - Thalaikoothal bermaksud bersiram/mandi. Para pelaku akan memandikan  mangsa dengan sejenis minyak di pagi hari dan memaksa meminum air kelapa sehingga menyebabkan demam panas. Ia juga mampu menghentikan fungsi ginjal. Selain itu, ada cara lain seperti seperti memberi minum racun, memberi minum susu sehingga tersedak dan sebagainya. 
  3. Eskimo - Bagi suku Eskimo pulak, meninggalkan mangsa di kawasan ais sehingga mati membeku adalah praktik yang dilakukan.
  4. √Ąttestupa(Skandinavia) -  √Ąttestupa adalah merujuk kepada tebing tinggi yang menjadi tempat untuk melakukan senicide. Mangsa akan ditolak oleh si pelaku dari atas tebing tinggi tersebut.
  5. Lapot (Balkan) - Lapot adalah ritual senicide dari negara Balkan (Serbia dan Romania). Pada hari yang telah ditetapkan. Sebuku roti jagung akan diikat di atas kepala mangsa dan setelah mengucapkan kata2 ritual iaitu "bukan kami yang membunuhmu tapi roti jagung ini". Para pelaku senicide akan memukul kepala mangsa mengunakan belantan atau mengunakan kapak.
Perkara ini antara realiti atau fantasi, bukan la satu perdebatan. Sebaliknya kewujudan adalah sesuatu yang tidak diharapkan. Namun sedarkah kita, secara halus perbuatan senicide ini memang ada wujud dalam masyarakat moden. Walaupun dikelabui dengan tindakan seolah-olah lebih berperikemanusian tapi justeru yang merasai pedihnya perasaan itu adalah yang mengalaminya. Sebelum ini saya ada membuat posting tentang Hingga Akhir Masa | Kasih Sayang Yang Tiada Tara. Saya mengharapkan bagi jiwa2 yang tenang fikirkanlah. Adakah ini antara tindakan senicide moden?

Lontarkan buah fikiran anda diruangan komen, sama berdiskusi.  



Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

Catat Komen