Nak Mengubah Dunia? 7 Tips Dari Tentera Berpangkat Admiral

2 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Pernah tak anda terfikir untuk mengubah dunia. Mengubah dunia ke arah yang lebih baik. Seorang veteren tentera Amerika Syarikat iaitu Admiral McRaven mengariskan beberapa tips bagi anda yang bercita-cita ingin mengubah dunia. Semua tips ini beliau perolehi semasa mengikuti latihan angkatan tentera SEAL. Berikut adalah tips daripada beliau:-


Rajin dan produktif (Start by making your bed)

Menurut beliau mengemas tempat tidur merupakan tugasan pertama seseorang usai bangun dari tidur di pagi hari. Dengan mengemas tempat tidur, ianya akan memberikan motivasi kepada seseorang itu untuk melakukan tugasan-tugasan yang lebih besar. Menjadikan anda produktif. Hal ini juga  dapat memberikan kesedaran bahawa melakukan perkara kecil boleh memberikan impak yang besar.

Blog Dasir Rounin - Cari Kawan

Cari Kawan (Find someone to help you paddle)

Sangat penting mencari kawan yang sanggup membantu. Anda tidak akan dapat mengubah dunia bersendirian. Hidup bermasyarakat, anda perlu ada seseorang yang dapat membantu anda untuk mencapai matlamat anda. 


Jangan Sombong (Measure a person by the size of their heart not by the size of their flippers)

Dunia ini bukanlah tempat untuk meninggi diri. Bersikap sedemikian tidak akan membawa anda ke mana-mana, sebaliknya anda akan tinggal terkebelakang dengan sikap sombong. Setiap manusia diberikan kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza. Hargai setiap satunya. Hormati mereka. Jangan melihat kepada luarannya sahaja.


Berani Kerana Benar (Sometimes you have to slide down the obstacles head first)

Untuk mengubah dunia, keberanian ada salah satu kuncinya. Anda perlu berani menyatakan kebenaran walaupun kadang-kadang perkara tersebut melawan arus majoriti. Suara majoriti bukanlah semata-mata suara kebenaran.
Blog Dasir Rounin - Jangan Mahu Dibuli


Jangan Mahu Dibuli (Don't back down from the sharks)

Untuk mencapai matlamat perjuangan anda, akan banyak rintangan yang perlu anda lalui. Tak semua orang mengharapkan anda untuk berjaya. Ramai yang akan menjadi penghalang. Anda perlu teguh dan jangan biarkan anda dibuli.


Tenang Menghadapi Sebarang Situasi (You must be are very best in the darkest moments

Dalam perjuangan anda, anda akan melewati pelbagai keadaan dan situasi. Ada saatnya anda di dalam suka, dan ada saatnya anda diselubungi duka. Ketenangan anda dalam mengadapi sebarang situasi amat perlu, agar anda tetap akan komited dalam perjuangan anda.
 


Jadilah Inspirasi Kepada Masyarakat (Start singing when you're up to your neck in mud)

Memulai sesuatu sehingga anda menjadi inspirasi kepada orang lain. Bukanlah mudah, seorang yang menjadi inspirasi kepada masyarakat sangat berpotensi untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya.

Blog Dasir Rounin - Jangan Putus asa

Jangan Berhenti (Don't ever ever ring the bell)

Ketika anda sudah mendekati matlamat perjuangan anda, ada kemungkinan yang boleh menjerumuskan anda untuk berhenti sebelum mencapai matlamat anda tersebut. Oleh itu, jangan berhenti. Teruskan perjalanan mencapai matlaamat yang anda inginkan. Kerana anda tidak akan dapat mengubah apa-apa sekiranya anda tidak mencapai puncak yang diharapkan


Jadi, apakah persedian anda untuk mengubah dunia? Adakah anda sudah mempraktikkan dalam diri anda semua tips yang disebutkan di atas? Berikan pendapat anda di ruangan komen.






Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS
Terbaru Paling lama

Artikel Terkait

2 ulasan

  1. betul juga...

    bermula dengan mengemas tempat tidur pada waktu pagi adalah amalan yang cukup hebat

    BalasPadam
  2. Kan. Ada kuasa yang menghasut utk melakukan pekerjaan lain lepas making your bed. Mgkn ini yg d namakan unconscious mind

    BalasPadam

Catat Ulasan