Hingga Akhir Masa | Kasih Sayang Yang Tiada Tara

5 ulasan
Hingga akhir masa-kasih sayang yang tiada tara by dasirrounin


Kita terlalu sibuk dengan pekerjaan kita, sehingga kita lupa bahawa kita semakin meningkat usia. Begitu jugalah orang tua kita. Tanpa kita sedar kudrat mereka yang digunakan sejak kita dilahirkan semakin lemah. Kalau dulu, mereka selalu ada untuk kita, menyediakan makan pakai tanpa rasa lelah. Di hari-hari tua mereka kini, adakah kita akan selalu ada untuk mereka? Ikuti kisah inspirasi selanjutnya.


Selepas kematian ayahnya, Kudin yang merupakan anak tunggal bertindak menghantar ibunya ke Pusat Jagaan Warga Emas. Hal ini kerana, beliau dan isteri yang bekerja merasa tidak mampu untuk menjaga ibunya yang sudah menjangkau umur 70-an. Beliau hanya datang melawat bersama anak bininya pada hari minggu sahaja. Sementara hari-hari lain, kehidupan ibunya diwarnai dengan kesedihan dan kesepian. Begitu pola kehidupan mereka sehinggalah, Kudin semakin sibuk dengan pekerjaannya. Kalau dulu, beliau mampu melawat ibunya seminggu sekali, kini sebulan sekali pun agak mustahil. 


Pada suatu hari, Kudin mendapat panggilan daripada Pusat Jagaan Warga Emas:-

"Encik Kudin, keadaan ibumu agak tenat, kalau boleh datanglah melawatnya"

Kudin bergegas dari tempat kerja ke Pusat Jagaan Warga Emas itu. Sesampainya,Kudin melihat ibunya terbaring di katil. Beliau mendekatinya. Ibu tua yang tersedar anaknya berada disisi katil membuka mata. 

"Ibu, maafkan Kudin, Ibu.."
"Apa yang boleh Kudin buat untuk Ibu sekarang ini?"

Dengan mata yang layu, Sang Ibu memandang anaknya, seraya berkata;

"Nak, ada beberapa perkara yang perlu kau lakukan. Pertama, tolong pasang kipas angin di rumah ini. Kedua, tolong belikan peti sejuk untuk kegunaan semua di sini."

Kudin terkejut dengan permintaan ibunya.

"Mak, kenapa selama ni mak tak pernah minta semua itu? Dalam keadaan macam ni baru mak minta benda-benda tu semua?"

Ibunya menjawab,

"Tak apa anak ku, selama di sini saya berjaya menahan kepanasan dan kelaparan. Yang amat saya risaukan, adalah keadaan mu kelak, bila kau sudah tua dan anak-anak mu menghantar kau ke mari." 

Ibu Kudin menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang tenang.  Kudin tidak mampu menahan tangisnya. Beliau menangis semahu-mahunya di sisi ibunya yang pergi untuk selama-lamanya.

Kasihnya ibu, membawa ke Syurga

 

 


Jadi, sementara ibubapa anda masih ada, sayangilah mereka. 3 perkara yang selalu diharapkan oleh Ibubapa dalam kehidupan mereka di hari tua adalah kasih sayang, perhatian, dan penghormatan. Sudahkah kita memberikan kasih sayang, perhatian dan penghormatan kepada mereka?  Tanya diri anda. Jika mereka sudah dipanggil menghadap ilahi, doakan la. kerana doa seorang anak adalah pertolongan yang besar bagi mereka dihari kemudian.
 


Jika anda menemui manfaat dari artikel diatas, silakan share :-

Artikel Terkait

5 ulasan

  1. Sejak kecil zumal dibela oleh atuk dan nenek tapi rasa terkilan sebab tak sempat mereka tengok zumal bekerja seperti mereka harapkan. Tapi sekarang pun masih tak kerja tetap 🤭 buat mereka yang ibu bapa yang mungkin bersendirian di rumah ketika anak-anak kerja boleh hantar ke pusat aktiviti warga emas, dulu zumal pernah kerja di pusat ini. Fungsi sama macam sekolah, anak hantar pagi dan ambil masa pulang kerja, mereka boleh jumpa kawan2 dan buat pelbagai aktiviti di sana seperti riadah, keagamaan, memasak dan macam-macam lagi.tetiba macam promote 🤭

    BalasPadam
  2. Ingat an untuk kita. Sedih baca cerita ini.

    BalasPadam
  3. cerita yang cukup sedih..

    tak sanggup nak suruh orang tua tinggal di rumah orang tua

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, saya jaga arwah ibu sampai ke akhir hayat dia. Jangan hantar orang tua ke rumah jagaan, tak berkat hidup.

    BalasPadam

Catat Komen